Belum Kongsi Wajah Muhammad Bilal, Haris Bagi Jawapan Dengan Hadis – ‘Tak Ada Masalah Nak Tunjuk Anak Tapi Khuatir ..’

Ramai yang ternanti wajah pasangan anak selebriti popular, Haris dan Neelofa selepas kedua-dua mereka masih belum berkongsi foto Muhammad Bilal.

Menjawab soalan popular itu ketika menghadiri program MeleTOP, Haris atau dikenali dengan Pencetus Ummah (PU) Riz berkata dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak tetapi berjaga-jaga dengan peny4kit ain.

Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir.. Saya jawab dengan hadis yang antaranya menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan.

Ramai yang tengok, saya takut la. Saya baru tau bila anak sakit, bapa boleh jadi ment4l.

Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa menyatakan nama Muhammad Bilal adalah pilihan mereka bersama.

Nama Muhammad Bilal diambil dengan pilihan dan keputusan bersama. Saya dalam banyak kisah pergi ceramah, Bilal ni buat menangis dengar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Jadi kami ambil berkat moga (Bilal) jadi anak soleh.

Bekas hos program MeleTOP ini baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Komen Netizen:

Sumber: Youtube MeleTOP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Belum Kongsi Wajah Muhammad Bilal, Haris Bagi Jawapan Dengan Hadis – ‘Tak Ada Masalah Nak Tunjuk Anak Tapi Khuatir ..’"

Post a Comment