Bila kita sekarang terpaksa teruskan ‘hidup’ dengan v1rus c0v1d-19 ni, kebanyakan perkara hanya dilakukan secara maya sahaja. Bermula dengan Open Distance Learning (ODL) dan juga Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Walau bagaimanapun, kadar capaian Internet yang agak perlahan akan mewujudkan pelbagai kesukaran yang boleh berlaku seperti lagging dan juga tidak boleh akses kepada website tertentu.
Seperti satu perkongsian yang dibuat menerusi akaun Facebook milik Mario Sa. Dari posting itu, Mario merakam adiknya iaitu Frank Steward Panting Sa, 19 tahun yang sanggup mendaki Bukit Kelingkang selama dua jam!
Difahamkan, kegigihan Frank itu adalah demi mendapatkan Internet yang kuat untuk menghadiri temuduga bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara online. Lengkap pulak tu dengan berkemeja, seluar slack dan juga tali leh3r!
“Dia membawa bersama tikar sebagai alas tetapi seluarnya basah semasa temuduga kerana hujan lebat tadi” – Mario Sa
Dalam video yang dikongsikan bersama dengan beberapa gambar yang disertakan sekali, kelihatan Frank duduk bersila di atas tikar di bawah sebuah pondok yang dibina oleh ayahnya iaitu Sa Ujom. Tambah Mario lagi, kaki Frank juga beberapa kali dig1git dengan pacat kerana cuaca lembab ketika itu.
Walaupun kawasan sekitar rumah mereka dibekalkan dengan Wi-Fi, namun atas sebab tertentu capaian Internet tidak berapa kuat menyebabkan mereka membuat keputusan untuk bina pondok kecil di atas Bukit Kelinkang itu.
Wah! All the best untuk interview awak… Min harapkan yang terbaik untuk awak ya!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://lobakmerah.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "[VIDEO] Gara-gara Internet ‘Slow’, Pemuda Sarawak Sanggup Daki Bukit Selama 2 Jam Untuk Interview"
Post a Comment