Selebriti versatil, Zulin Aziz, 33, selamat bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini, 35, di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kita jam 9.20 pagi tadi.
Pasangan sama cantik sama padan itu diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz dan mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.
Pada majlis akad nikah, Zulin menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 sementara pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 bersama lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Susulan situasi semasa, majlis akad nikah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Usai majlis, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz mengharapkan agar kehidupan baru mereka sebagai suami isteri dipermudahkan.
“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.
View this post on Instagram
“Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.
“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi setelah hujan.
Hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” katanya.
Bekas penyampai radio ini juga menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan menjadi antara sebab dia memilih lelaki itu sebagai imamnya.
View this post on Instagram
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan.
“Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” katanya lagi yang tidak menolak rezeki andai dikurniakan cahaya mata selepas ini.
Malah Zulin turut berkongsi soal bulan madunya.
“Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan berikan. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.
View this post on Instagram
“Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi sambil bekerja selitlah mana sempat nak berbulan madu. Rancang macam nak ke Turki, tapi situasi semasa pandemik c0v1d-19 pun membimbangkan. Belum ada kata putus,” katanya.
Sementara itu, raja sehari ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam dan pereka Ezuwan Ismail, mereka persalinan nikah dan majlis malam pengantin, malam ini.
Tersahulu, Zulin dan Farhan bertunang pada 28 Januari lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : MH
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "“Tiada Rahsia Antara Kami, Dia Menerima Saya Seadanya,” – Zulin Aziz Selamat Bergelar Isteri"
Post a Comment