Selepas tawar RM10,000 tak kisah hidup atau m4ti, kucing jalanan hilang ditemui tapi apa yang berlaku memang tak disangka… bertuah Tekka!

KEHILANGAN haiwan kesayangan bukanlah satu perkara yang mudah diterima oleh sesiapa pun.

Terdesak untuk berjumpa semula dengan kucing jantan yang dijaganya sejak hampir dua tahun lalu, pemuda berkenaan, Alex Hooi, 33, sanggup menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang menjumpai haiwan kesayangannya, Tekka.

Bercakap kepada mStar, Alex yang menetap di Taman Bukit Aman, Seri Petaling di ibu negara berkata, Tekka hilang pada 22 Februari dan kali terakhir dilihat di kamera litar tertutup (CCTV), ia terjun ke rumah jiran kira-kira pukul 6.30 pagi.

Kejadian itu ternyata memberi kesan kepada Alex dan melalui hari-hari kehilangan kucing kesayangannya itu menyebabkan lelaki ini tidak keruan.

Namun, selepas dua hari menawarkan RM10,000, lelaki ini menarik nafas lega apabila Tekka telah dijumpai walaupun dengan keadaan lapar dan letih oleh seorang individu yang sedang berjoging pada waktu pagi, 24 Februari 2022.

Sudah tentu ia hasil usaha Alex yang memuat naik poster kehilangan Tekka di pelbagai platform sosial media dan grup WhatsApp untuk meraih perhatian ramai.

Malahan, lelaki yang menemui Tekka juga mengakui tahu mengenai kehilangan Tekka selepas terbaca di sosial media dan terpanggil untuk ikhlas membantu, bukannya mahu mendapatkan ganjaran.

Individu yang prihatin itu adalah jiran Alex sendiri dan lebih mengejutkan apabila pemuda berkenaan enggan menerima ganjaran yang ditawarkan walaupun dip4ksa menerimanya.

Tekka (kanan) bersama Ochi merupakan kucing jalanan yang diselamatkan oleh Alex.

Bercerita lanjut, lelaki yang sudah memiliki empat ekor kucing ini mempunyai alasan tersendiri kenapa dia sanggup membayar ganjaran setinggi itu demi seekor kucing jalanan yang dijumpai pada September 2020.

“Tekka adalah kucing kedua yang saya selamatkan. Mukanya kelihatan lebih kurang sama dengan kucing pertama yang saya selamatkan (Ochi). Tekka tidak mengambil masa yang lama untuk serasi dengan Ochi yang dianggap sebagai ‘kakak’ dan begitu melindunginya walaupun ia lebih besar daripada Ochi dan kini menjadi kucing yang paling besar dalam peliharaan saya.

“Dulu Tekka hidup sendirian di jalanan tapi ia sangat penyayang dan suka bermain,” katanya.

Mengimbas detik ‘perkenalannya’ dengan kucing berwarna hitam dan putih itu, Tekka pertama kali ditemui oleh ibunya berdekatan taman perumahan yang didiaminya.

“Pada suatu hari, semasa ibu saya berjoging, Tekka cuba dekati orang awam lain untuk mendapatkan perhatian, tetapi orang tu menendangnya. Saya sangat sedih dan kecewa bila dengar cerita ibu selepas dia balik bersenam dan memberitahu kami tentang kejadian itu,” katanya.

Susulan itu, dia dan isterinya, Karrie Wong memulakan misi menyelamat dan mencari Tekka yang disakiti.

Setelah Tekka dijumpai, mereka memutuskan untuk menjaga si bulus ini sebagai haiwan peliharaan bersama tiga kucingnya yang lain.

“Kami bawa dia berjumpa doktor. Pada ketika itu umurnya dianggarkan berusia empat bulan. Tekka membesar sebagai kucing yang sangat sihat, beratnya melebihi lima kilogram.

Tekka dijumpai di sebuah taman semasa umurnya berusia empat bulan.

“Kami selalu hantar dia untuk menderma darah beberapa kali jika ada pemilik kucing yang sakit datang meminta bantuan,” jelasnya lagi.

Mengenai kehilangan Tekka, Alex berkata ini merupakan kali pertama haiwan kesayangan mereka sekeluarga ini hilang lebih dari dua hari.

Katanya, mereka tidak mengurung Tekka di dalam sangkar atau rumah kerana dia merupakan kucing baka biasa dan sudah biasa dengan kawasan perumahan tersebut.

Namun setelah tidak melihat kelibat Tekka selama dua hari ini, pemuda ini mula rasa gelisah sehingga tidak dapat melakukan aktiviti harian.

“Tekka pernah keluar rumah beberapa kali sebelum ini, tetapi kami sentiasa pantau pergerakannya. Selalunya ia akan pulang selepas keluar 15 minit.

Poster yang dibuat oleh Alex dalam misinya mencari Tekka, si bulusnya yang hilang.

“Isteri saya seorang ahli farmasi di barisan hadapan, berurusan dengan pes4kit c0v1d-19 dan vaksinasi di hospital kerajaan jadi dia tidak boleh mengambil cuti untuk tolong cari kucing kami,” jelasnya penuh hampa.

Menurut pekerja agensi pengiklanan di Bangsar ini lagi, dia sanggup melakukan apa saja asalkan Tekka dijumpai tidak kira hidup mahupun m4ti.

Mengulas tentang nilai ganjaran yang ditawarkan, dia berpandangan duit boleh dicari ganti namun tidak bagi Tekka yang disayanginya.

Jelasnya, dia bersyukur setelah menjumpai Tekka semula pada pagi tersebut melalui jirannya ini dan berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

“Saya rasa semua pemilik haiwan peliharaan tahu betapa berharganya mereka kepada pemilik. Tekka adalah anak lelaki kami, dia sangat rapat dengan isteri saya.

Tekka dikatakan sudah hilang pada 22 Februari 2022.

“Bagi saya, wang saya boleh dicari, tetapi saya hanya ada satu Tekka. Ia kucing kesayangan yang tak ternilai bagi saya. Walaupun jika sesiapa terjumpa ia dalam keadaan sudah m4ti, saya akan bayar saguhati sebanyak RM1,000 untuk bangkai Tekka.

“Saya sangat lega apabila dapat berjumpa dengan Tekka lagi. Saya sangat berterima kasih dengan jiran saya. Mungkin dia ada terbaca poster yang saya buat dan blast dekat Whatsapp,” jelas Alex.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Selepas tawar RM10,000 tak kisah hidup atau m4ti, kucing jalanan hilang ditemui tapi apa yang berlaku memang tak disangka… bertuah Tekka!"

Post a Comment