Selepas 2 bulan batal majlis kahwin, sedekah lauk kenduri sebab banjir, akhirnya impian bersanding jadi realiti… paling sempoi Radin Era tunai janji!

SELEPAS hampir dua bulan kenduri kahwin terpaksa dibatalkan berikutan banjir yang melanda beberapa negeri akhir tahun lalu, sepasang pengantin akhirnya dapat melangsungkan majlis persandingan mereka pada Sabtu.

Kisah pasangan itu sebelum ini menjadi tular selepas kedua-dua mempelai ini yang merupakan antara m4ngsa banjir di Klang, Selangor menyambut hari bahagia mereka di pusat pemindahan yang diibaratkan seperti ‘kenduri kahwin’.

mStar sebelum ini berkongsi pengalaman pengantin menjamu m4ngsa-m4ngsa banjir dengan juadah yang sepatutnya dihidangkan buat tetamu pada majlis persandingan mereka.

akhirnya majlis kahwin 5

Berkongsi hari bahagia pada Sabtu, pengantin perempuan, Nur Asyiqin Md Hamdan berkata, selepas majlis pada 19 Disember lalu tidak dapat dilangsungkan disebabkan banjir, dia dan keluarga berbincang untuk mengadakan majlis pada tarikh yang terdekat di lokasi asal.

“Tarikh kosong yang terdekat pada 12 Febuari 2022 dan kami buat keputusan untuk ambil tarikh tu. Venue masih di Grand Gerbang Hall di Meru, Klang.

“Persiapan untuk majlis kami masih kekal seperti yang dirancang pada 19 Disember 2021, termasuk jemputan 1,000 orang,” katanya kepada mStar pada Ahad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Foto kiri Asyiqin (baju merah) dan Nabil (baju biru) mengedarkan makanan kepada m4ngsa banjir.

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, dia dan suami, Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, bersyukur kerana majlis persandingan pada Sabtu berjalan lancar seperti yang dirancang.

Lebih mesra disapa Asyiqin, dia bagaimanapun tidak disangka-sangka apabila penyampai radio Era FM, Amir Affendy Ahmad Aruani sudi menjadi pengacara majlis secara percuma.

Pada 20 Disember lalu, pengacara yang lebih mesra disapa Radin menerusi ciapan di laman Twitternya menawarkan diri untuk menjadi pengacara secara percuma pada majlis perkahwinan Ashiqin dan Nabil selepas tular video mereka menghidangkan lauk kenduri kepada m4ngsa-m4ngsa banjir di pusat pemindahan.

“Saya tak sangka Radin betul-betul tunaikan janji dia untuk jadi emcee (pengacara majlis) di majlis saya. Alhamdulillah terbaik Radin jadi emcee semalam,” katanya.

akhirnya majlis kahwin 7

Majlis persandingan Ashiqin dan Nabil di Grand Gerbang Hall di Meru, Klang.

Bukan sekadar kemunculan istimewa Radin sebagai pengacara majlis, Asyiqin yang berpengalaman bertugas sebagai guru taska turut menerima kejutan daripada suami pada hari bahagia mereka.

“Suami buat kejutan menyanyikan lagu ‘Perfect’ dendangan penyanyi Ed Sheeran untuk saya. Memang terkejut tapi gembira sangat masa tu,” ujarnya dengan nada teruja.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melangsungkan majlis dengan jayanya. Tak lupa juga kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan kami.

NUR ASYIQIN MD HAMDAN

Dalam pada itu, Radin turut meluahkan perasaan terharunya kerana turut menjadi saksi kemeriahan majlis yang meraikan Ashiqin dan Nabil.

“Semoga bahtera perkahwinan diberkati serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah,” kata Radin menerusi laman Instagram miliknya.

akhirnya majlis kahwin 9

Pasangan pengantin bersama keluarga.

Reda dengan majlis persandingan sebelum ini terpaksa dibatalkan akib4t banjir, Asyiqin bersyukur dan gembira kerana akhirnya dapat melangsungkan majlis persandingan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya, keluarga mentua saya, pihak Grand Gerbang Hall, Radin Era dan team Era, termasuk jurugambar yang menaja penggambaran foto majlis kami.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam melangsungkan majlis dengan jayanya. Tak lupa juga kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan kami,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Selepas 2 bulan batal majlis kahwin, sedekah lauk kenduri sebab banjir, akhirnya impian bersanding jadi realiti… paling sempoi Radin Era tunai janji!"

Post a Comment