Merbah4ya, Beris1ko Dan Boleh Memberi Aib, Usaha Murni Cik Puan Gojes (CPG) Mendapat Teguran ‘Otai’

Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi laman Facebooknya telah memberi beberapa teguran secara baik kepada Cik Puan Gojes (CPG) mengenai usaha penyaluran bantuan yang dibuatnya selama ini.

CPG yang juga merupakan seorang guru memang amat popular kebelakangan ini disebabkan usaha-usaha murni beliau yang gemar memberikan sumbangan dan bantuan kepada murid-murid miskin.

Namun, dalam hantaran Facebooknya tersebut, Cikgu Fadli yang lebih berpengalaman dalam usaha sebegini, agak gusar dengan usaha-usaha CPG ini yang disifatkannya boleh ‘memakan diri’.

Terutama sekali menurut beliau, sebagai seorang penjawat awam, meminta sumbangan atau derma adalah ‘merb4haya’ dan tidak dibenarkan mengikut peruntukan akta.

Lebih-lebih lagi sekiranya sumbangan itu dibuat ke dalam akaun bank peribadi milik CPG sendiri yang boleh menyebabkan kerjayanya sebagai seorang guru menjadi ris1ko.

Menurut CIkgu Fadli lagi, beliau sendiri pernah diberi amaran dan diminta untuk memulangkan sendiri wang sumbangan orang ramai atau dikenakan tindakan tatatertib pada 2015.

CPG juga dinasihatkan agar lebih sensitif dengan video perkongsian beliau ketika menyampaikan bantuan kepada murid-murid miskin.

Video-video yang tersebar luas tersebut memaparkan dengan jelas wajah murid, lokasi rumah serta maklumat keluarga yang boleh menimbulkan rasa aib kepada murid itu sendiri.

Walaupun mungkin telah mendapat persetujuan dari keluarga murid itu sendiri, isu ini tidak boleh dianggap remeh kerana ianya turut melibatkan rakan-rakan serta sanak saudara mereka yang lain.

Adalah lebih baik sekiranya CPG mengaburkan wajah dan menggunakan nama samaran dahulu sebelum berkongsikan video tersebut di media sosial.

Komen Netizen:

Buat netizen pula, CIkgu Fadli sempat berpesan agar tidak mengec4m secara berlebihan dan menegur bukan dengan niat untuk menjatuhkan.

Sambil memberi kata-kata semangat, beliau turut memohon agar CPG meneruskan usaha murninya dan berharap mereka sama-sama dapat berganding bahu dalam projek yang boleh memberi impak yang lebih besar lagi pada masa akan datang.

Terkini, tinjauan mendapati, CPG telah mengambil maklum mengenai teguran membina dari Cikgu Fadli tersebut dan kini telah selesai mengisi borang secara online untuk menubuhkan NGO.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://odisi.my/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Merbah4ya, Beris1ko Dan Boleh Memberi Aib, Usaha Murni Cik Puan Gojes (CPG) Mendapat Teguran ‘Otai’"

Post a Comment