Isteri sayu dapat tahu dirinya hamil 3 bulan tapi suami selamanya takkan ada di sisi! Tiga kali buat ujian keputusan negatif, tiada s1mptom mengandung

KITA hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Begitulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan situasi wanita ini, Ashura Izwani yang baru sahaja kehilangan suaminya, Muhammad Nurhaziq, 28, pada 20 Disember 2021.

Namun, ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak menyangka bahawa dia sedang hamil anak kedua mereka yang kini sudah memasuki usia tiga bulan ketika suaminya dipanggil menghadap Ilahi.

Imbasnya yang mesra disapa Ashura, dia sudah melakukan tiga kali ujian kehamilan pada bulan Januari namun semuanya menunjukkan keputusan negatif.

“Sebenarnya langsung tak sangka tengah mengandung sebab saya datang haid akhir Disember sampai awal Januari (8 hari), beberapa hari selepas arwah suami men1nggal dun1a. Minta maaf saya tak dapat ulas lanjut pasal kem4tian suami sebab akan terkesan emosi saya.

“Lepas tu sehingga akhir Januari saya ada check kehamilan dalam tiga kali, semua negatif.

Tangkap layar satu ciapan yang dibuat oleh Ashura melalui akaun Twitter milik suaminya.

“Saya pergi klinik pada 23 Februari sebab kepala saya pening sangat dan pervt saya rasa pedih, macam ‘mini’ contraction. Saya ingatkan sakit fizikal. Doktor yang minta buat ujian UPT (urine pregnancy test). Lepas selesai, doktor terus cakap UPT saya positif. Bila scan, baby dah nak usia tiga bulan,” jelasnya kepada mStar.

Menurut wanita yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir di sebuah hospital ini, lebih dua tahun dia dah arw4h suaminya menunggu kehadiran zuriat kedua ini.

Wanita berusia 28 tahun ini berkata, dia tidak menyangka kini hamil tanpa suami di sisi, sekali gus tidak dapat berkongsi berita gembira ini bersama arw4h.

Dengan keadaan saya sedih suami tak ada, dengan jaga anak yang masih kecil, dan sekarang hamil anak kedua.

ASHURA

“Bila dapat tahu berita ni, saya rasa gembira bercampur sedih. Gembira sebab zuriat kedua ini ditunggu-tunggu dah lebih dua tahun. Tapi sedih sebab saya tak dapat tengok muka suami bila tahu saya hamil anak kedua.

“Dan bertambah sedih sebab masa anak yang pertama, arw4h jaga saya sangat baik daripada teman saya pergi appointment anak tak pernah skip walau satu kali, jaga makan minum saya, urut saya kalau sakit, jaga emosi saya dan bantu kemas rumah bila tak larat.

“Saya nak lahirkan anak, dialah setia duduk sebelah saya, bacakan surah Yasin dan beri semangat. Saya takkan rasa semua tu lagi untuk kehamilan yang kedua ni,” jelasnya.

Menurut wanita yang kini menetap di Ampang, Selangor ini, apa yang mengejutkan adalah dia tidak ada sebarang tanda-tanda atau simptom menunjukkan dirinya hamil.

Tambahnya lagi, dalam menjalani kehidupan hariannya, dia melakukan kerja rumah seperti biasa untuk mengalih perhatian daripada kesedihan mengenangkan suami yang sudah tiada.

Malah, dia tidak menyangka kepenatan yang dialami ini sebenarnya tanda-tanda dia sedang hamil dan mengganggap kesedihan tersebut yang membuatkan dirinya letih.

Gambar suami Ashura yang telah men1nggal dun1a pada 20 Disember 2021.

Namun, wanita ini turut mengakui bahawa menjadi ibu tunggal setelah suaminya tiada agak mencabar.

“Bila suami dah tak ada agak sukar juga nak buat semua perkara. Terutama sekali bila suami sangat banyak mainkan peranan sebagai ayah dari baby dalam rahim sampai usia tiga tahun lebih.

“Saya nak adjust hidup jadi ayah dan ibu serentak memang kena kawal emosi dan kena faham limitasi fizikal saya. Hubungan dengan Allah SWT memang kena cari dan memang kena kuatkan, sebab bagi diri saya, ujian yang datang bertimpa-timpa ni berat dan kalau hilang arah tuju, cakap kasarnya boleh jadi gila.

“Dengan keadaan saya sedih suami tak ada, dengan jaga anak yang masih kecil, dan sekarang hamil anak kedua,” luah Ashura.

Bercerita lanjut, walaupun semua perkara mencabar baginya namun dia bersyukur kerana banyak dibantu oleh orang di sekelilingnya.

Jelas Ashura lagi, banyak kenangan bersama arwah yang meninggalkan kesan namun dia cuba menguatkan diri untuk teruskan hidup demi masa depan keluarga kecilnya ini.

“Alhamdulillah keluarga terdekat saya, terutama ayah ibu adik saya terlalu banyak ringankan beban saya. Mereka seolah-olah ambil dan bahagikan tanggungjawab arw4h suami atas diri mereka termasuklah kawan-kawan dia.

Gambar Ashura bersama anak pertama(tengah) dan arw4h suaminya.

“Ambil masa yang lama juga saya nak biasakan diri tak ada suami di sisi. Banyak kenangan indah kami bersama. Kami pergi masjid sama-sama. Mungkin klise sangat jawapan saya, tapi jujurnya itulah kenangan yang bila saya teringat, itu paling terindah dan mengharapkan kenangan tu jadi asbab allahy4rham suami dijaga baik oleh Allah SWT.

“Ada kenangan-kenangan lain yang indah dan bahagia, tapi bila pasangan kita dah men1nggal dun1a, kita akan mula fikir dan tercari-cari kenangan yang paling baik untuk kita rasa pasangan kita selamat di alam barzakh. Dan itulah kenangan yang saya akan pegang untuk tenangkan hati saya,” jelas wanita ini mengakhiri ceritanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Isteri sayu dapat tahu dirinya hamil 3 bulan tapi suami selamanya takkan ada di sisi! Tiga kali buat ujian keputusan negatif, tiada s1mptom mengandung"

Post a Comment