TIDAK pernah dibuat! Itulah yang terdetik dalam apabila gambar jari menunjukkan simbol bentuk hati mini dihujani ratusan ucapan tahniah.
Namun, begitulah situasi yang berlaku kepada penyanyi manis Wany Hasrita baru-baru ini selepas memuat naik sekeping foto jarinya dengan bentuk hati mini dan menjadi bahan salah tafsir banyak pihak.
Rata-rata menyifatkan foto tersebut sebagai satu bayangan bahawa Wany akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Kagum betul Mizz Lahar dengan netizen hari ini, gambar jari saja sudah boleh hidu bau nasi minyak.
Mungkin juga disebabkan kapsyen fotonya: “Selamanya, awak”
View this post on Instagram
“Bau nasi minyak ni,” teka seorang pengikut Instagramnya.
“Bakal berkahwin, tahniah Wany,” komen netizen.
Alahai adakah bentuk hati mini itu ditujukan untuk si kekasih dan khabarnya akan mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat? Banyak sungguh tanda tanya daripada foto tersebut.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/3kJY7Is
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Jari bentuk hati Wany Hasrita berbau nasi minyak?"
Post a Comment