Dengar Jer1tan Minta Tolong, ‘Hero’ Thaipusam Bantu Wanita Melayu Bersalin Dalam Kerata

Setiap orang pasti akan ada kenangan sepanjang hidupnya. Tak kiralah kenangan yang sedih atau gembira. Tetapi untuk seorang pemuda yang bernama LK Savantharaja, memori menyaksikan sendiri proses melahirkan anak di dalam kereta tidak mungkin dapat dilupakan.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, LK Savantharaja berkongsi kejadian ketika dia ke kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves untuk sembahyang pada Hari Thaipusam yang jatuh hari Selasa.

Menurut LK Savantharaja, dia dan beberapa peng4nut agama Hindu telah membantu seorang wanita Melayu yang sedang menahan kes4kitan untuk bersalin.

Ini adalah cerita pada hari Thaipusam. Tadi (hari Selasa), saya dan beberapa orang peng4nut datang solat di Kuil Sri Subramaniyar Batu Caves.

Ternampak sorang wanita jerit minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa melayu nak bersalin dalam kereta.

Bergerak pantas, LK Savantharaja bersama beberapa pengunjung menutup tingkap kereta itu dengan menggunakan kain ‘vesthi’ berwarna kuning.

Gembira menyaksikan kehadiran bayi perempuan, lelaki yang juga seorang wartawan sebuah akhbar Tamil turut mencari pisau untuk memotong tali pusat anak kecil itu.

Saya dan beberapa pengunjung wanita terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa bayi selamat dilahirkan, saya bagitau ‘Kakak you and your baby are blessed, rasa gembira dia selamat lahirkan bayi perempuan.

Ambulans pun terus sampai lepas bayi keluar. Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada bayi itu untuk kenangan.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan LK Savantharaja yang tidak mengira bangsa dan agama dalam menghulurkan pertolongan kepada keluarga terbabit.

Komen Netizen:

Terima kasih kepada semua yang membantu, inilah buktinya rakyat Malaysia bersatu padu dan sentiasa menolong antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Semangat ini wajar dicontohi oleh semua.

Inilah perpaduan yang kita mahukan di kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: Facebook @LK Savantharaja

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Dengar Jer1tan Minta Tolong, ‘Hero’ Thaipusam Bantu Wanita Melayu Bersalin Dalam Kerata"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect