Warisi resipi ibu ayah, ada sebab peniaga chakuey pandan gigih tambah waktu niaga… jangan ingat kerja mudah, kalau tak tahan panas memang tak boleh!

SEJAK zaman sekolah, pemuda ini sudah terbiasa membantu ibu bapanya berniaga chakuey pandan di sebuah gerai di Tumpat, Kelantan.

Apabila meningkat dewasa, Saiful Harizan Husin, 25, mengambil keputusan untuk menyambung legasi itu dengan mengusahakan perniagaan sama di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Saiful mengakui resipi berkenaan diturunkan kepada semua adik beradiknya yang mana ia kini menjadi sumber rezeki utama buat mereka sekeluarga.

“Orang tua saya dah 18 tahun berniaga chakuey pandan di Kelantan. Sejak zaman sekolah, saya akan bantu mereka di gerai. Balik sekolah saja, terus saya bantu mak ayah kalau kekurangan pekerja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Selepas berkahwin dan bermastautin di Pulau Pinang sejak lima tahun lepas, saya buat keputusan untuk berniaga chakuey pandan juga, menggunakan resipi sama yang diturunkan buat kami adik-beradik. Kami lima beradik semua belajar buat chakuey pandan dengan mak,” ujarnya.

Menurut Saiful yang juga bapa kepada dua cahaya mata, dia kini menggandakan usaha sebagai persediaan apabila isterinya, Emiera Edreanny Zamri, 27, dijangka melahirkan cahaya mata ketiga mereka tahun depan.

Malah katanya, kos sara hidup yang tinggi di Pulau Pinang menyebabkan dia terus berusaha, demi memberikan kehidupan yang selesa dan terbaik buat seisi keluarga.

saiful3

Hidangan chakuey yang dihasilkan Saiful.

“Saya memang niat nak bekerja lebih kuat. Kalau ingat dulu, kerja tiga jam saja. Sekarang saya kerja lebih lama. Buka gerai 12.30 tengah hari sehingga 6 petang.

“Kena cari duit lebih sebab kami akan sambut anak ketiga tak lama lagi. Isteri dijangka bersalin April tahun depan. Ini saja kerja yang saya ada, saya tak buat kerja lain dah,” ujarnya yang berniaga di Tapak Penjaja Sementara Jalan Larut, Georgetown.

Alhamdulillah, ramai yang hubungi saya. Mereka minta lokasi gerai dan terus datang.

SAIFUL

Dalam pada itu, Saiful juga acap kali berkongsi video proses penghasilan chakuey pandan menerusi TikTok miliknya sehingga meraih lebih sejuta tontonan.

Kata Saiful, penangan tular turut membuka pintu rezeki apabila dia dihujani dengan kehadiran pelanggan-pelanggan baharu.

“Kalau ada masa lapang, saya akan buat video dan kongsi ke TikTok. Saya terkejut kerana video dapat lebih sejuta tontonan.

saiful2

Saiful bersama dua pembantunya.

“Alhamdulillah, ramai yang hubungi saya. Mereka minta lokasi gerai dan terus datang. Selain pelanggan Pulau Pinang, yang dari Kelantan pun ada hubungi saya.

“Tapi saya akan bagi lokasi gerai mak ayah saya di sanalah. Mak ayah pun masih berniaga chakuey pandan di Kelantan sehingga hari ini.

“Tak rugi kongsi video di TikTok. Tak sangka akan dapat pelanggan baharu. Mungkin rezeki anak-anak dan isteri saya,” ujarnya yang dibantu dua pekerja di gerainya.

Antara video yang dikongsi di TikTok.

Selain cabaran biasa dalam perniagaan, Saiful berkata keadaan cuaca panas turut menguji kesabarannya.

“Kalau sesiapa tak tahan dengan panas, tak boleh bekerja jual chakuey pandan. Selain berhadapan minyak panas, cuaca juga panas.

“Kadang-kadang orang nampak macam senang saja kita potong chakuey, tapi kalau silap teknik, ia tak akan kembung ketika digoreng,” kongsinya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Warisi resipi ibu ayah, ada sebab peniaga chakuey pandan gigih tambah waktu niaga… jangan ingat kerja mudah, kalau tak tahan panas memang tak boleh!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect