Seorang pemuda membuat kejutan kepada tunangnya dengan memakai maskot di majlis pertunangan mereka baru-baru ini. Sweet betul!
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Manees di TikTok, dia berkongsi momen yang tidak akan dilupakan ketika majlis pertunangannya iaitu bakal suaminya sendiri datang dan memberikan kejutan yang tidak disangkakan!
Lebih menarik lagi, jelas kelihatan bakal suaminya itu hadir ke majlis pertunangan mereka dengan memakai maskot kartun popular Doraemon dan menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis tersebut serta bergambar bersama-sama.
Walau bagaimanapun, setelah selesai dengan kejutan yang diberinya itu, lelaki berkenaan membuka maskot tersebut di hadapan wanita itu dan masing-masing bergambar di atas pelamin seperti biasa.
Video:
Video yang berdurasi selama 20 saat itu meraih lebih 150 ribu tontonan dan mendapat lebih 8 ribu tanda suka di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kejutan yang diberikan daripada lelaki berkenaan. Malah ada di antara mereka turut mendoakan agar urusan majlis perkahwinan mereka akan datang dipermudahkan.
Komen Netizen:
Sumber: Manees
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "[VIDEO] Pemuda Buat ‘Surprise’ Pakai Maskot Doraemon Masa Majlis Tunang"
Post a Comment