Tayang Kekayaan, Ahli Perniagaan Pakai Pelitup Muka Emas Bernilai RM236,700

Sejak penul4ran wab4k Cov1d-19 di seluruh dunia, pelitup muka sudah menjadi barang wajib kepada semua orang. Rata-rata negara masih mewajibkan pemakaian pelitup muka terutama ketika berada di tempat awam dan kawasan ses4k.

Pereka pelitup muka di dunia pula mengambil peluang mencipta ‘mask’ dengan bertatah emas dan belian, sekaligus memberi laluan kepada golongan kaya untuk men0njolkan status mereka.

Tayang pelitup muka berharga RM236,700

Terbaru, seorang ahli perniagaan menayang pelitup mukanya yang diperbuat daripada emas seberat 108 gram yang dianggarkan bernilai Rs 5.70 lakhs (RM236,700).

Pelitup muka ‘kayangan’ itu dicipta oleh seorang pembuat barang kemas di bandar Budge Budge iaitu Chandan Das.

Viral dekat Twitter

Memetik laporan News 18, Das mencipta topeng emas seberat 108 gram untuk seorang ahli perniagaan dalam tempoh 15 hari.

Semasa perayaan Durga Puja di Kolkata, ahli perniagaan itu mempamerkan pelitup muka tersebut namun terpaksa ditanggalkan selepas menjadi perhatian orang ramai.

Komen Netizen:

Gambar pelitup muka emas itu juga tular di laman Twitter selepas dikongsikan oleh wartawan, Rituparna Chatterjee dengan kapsyen, ‘Apakah tujuan ini?’

Sumber: India.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Tayang Kekayaan, Ahli Perniagaan Pakai Pelitup Muka Emas Bernilai RM236,700"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect