PENAMPILAN selebriti Bella Astillah yang belum menutup aurat sering menjadi bualan netizen yang mengaitkan suaminya penyanyi Aliff Aziz yang kini sudah berubah mendekatkan diri ke jalan Allah.
Menyedari hal itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 27, berkata, dia tidak melatah sebaliknya meminta orang ramai mendoakan dirinya turut berubah ke arah yang lebih baik.
“Tak boleh nak describe la perasaan tu sebab selama saya kenal dia masa umur saya 18 tahun saya tak pernah suruh dia berubah.
“Tapi perubahan dia kali ni buat saya betul-betul gembira tapi dalam masa yang sama, saya juga minta supaya dia sebagai seorang suami mendoakan saya berubah ke arah kebaikan.
“Sebab sejak kebelakangan ini orang turut mengaitkan saya, orang akan cakap eh Aliff dah berubah kenapa Bella tak berubah lagi?” kataya kepada mStar.
Bella mengikuti kelas agama dan mengaji dan pasang niat untuk berubah secara perlahan.
Bella ditemui ketika sidang media pelancaran Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada Rabu di VE Hotel, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Bella berkata, dia juga kini banyak belajar tentang agama dan memasuki kelas mengaji serta memasang niat untuk berubah suatu hari nanti.
Bagaimanapun, katanya, dia memerlukan sedikit masa lagi berikutan terikat dengan beberapa kontrak iklan.
“Dia tak pernah paksa tapi selalu bagi nasihat, saya minta dia terus doakan saya.
Saya pun sekarang tengah perbaiki diri… saya mahu perubahan itu bukan semata-mata kerana suami tapi dari diri saya sendiri.
BELLA ASTILLAH
PELAKON
“Sekarang saya ada terikat dengan kontrak dengan beberapa jenama produk dan tak boleh nak elak, benda ni yang saya tak boleh nak explain pada netizen.
“Saya pun sekarang tengah perbaiki diri… saya mahu perubahan itu bukan semata-mata kerana suami tapi dari diri saya sendiri.
“Buat masa ini saya juga di belajar kelas agama, mengaji bersama Ustazah Salma Habibi dan rakan artis yang lain seperti Amyra Rosli, Lisa Surihani, dan Liyana Jasmay,” ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas tentang penyertaan suaminya mengikuti program GV8, Bella menganggap sekarang masa sesuai untuk Aliff kembali aktif sebagai penyanyi.
Bella berysukur dengan perubahan Aliff yang kini semakin matang dan fokus pada kerjaya.
Bella juga memberitahu, dia melihat suaminya itu kini semakin matang dan lebih fokus kepada kerjaya seninya dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan.
“Bila dapat tahu Aliff setuju saya happy la, tapi saya tak pernah paksa dia. Saya hanya bagitahu ini masa yang sesuai untuk dia kembali.
“Macam semua tahu terlalu banyak kontr0versi sebelum ni tapi dia selalu cakap dengan Bella sekarang dia bukan dah Aliff yang dulu.
“Dia tak cakap dia sempurna tapi dia cuba yang terbaik untuk diri dia sendiri, semakin matang dan fokus kerjaya dia,” ujarnya.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pasangan ini pernah bercer4i pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 4, dan Ara Adreanna yang kini berusia lapan bulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Sering ditanya bila nak berubah? Bella Astillah dah mula masuk kelas agama dan belajar mengaji… harap Aliff terus doakan dirinya"
Post a Comment