Sebut ‘up’ si bulus terus melompat! Makcik Rokiah kongsi rahsia latih kucing, ber4k pun di bilik air… paling sempoi pandai cemburu, merajuk

HANYA beberapa kali menyebut perkataan ‘up’ sambil menghulur tangan, seekor kucing seolah-olah memahami arahan dan terus melompat untuk didukung oleh pemiliknya.

Aks1 bijak kucing tersebut nyata mengundang rasa kagum netizen yang tertanya-tanya bagaimana pemiliknya melatih haiwan berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Rokiah Hassan berkata, dia mempunyai cara tersendiri bagaimana mahu bermanja atau meluangkan masa bersama si bulus kesayangan.

“Saya memang rajin bersembang dengan kucing-kucing ni. Kita anggap macam manusia jugalah. Dari situ ia seolah-olah faham apa yang tuannya sampaikan. Kalau berjalan di luar rumah pun akan ikut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kucing-kucing ni pun tidur sekali dalam bilik saya. Selalu tolak pintu dan masuk bilik kalau nak tidur. Kalau kita solat, boleh pula tunggu kita siap,” kata wanita berusia 57 tahun ini.

Memelihara dua ekor kucing jantan baka kampung yang diberi nama Tompok dan Tompel, Siti Rokiah berkata kedua-dua kucingnya tidak cerewet, malahan mudah dipelihara berbanding kucing kacukan.

“Kucing-kucing saya makan ikan kembung rebus dengan nasi. Kadang-kadang bagi juga makanan kucing. Buang air besar pun pandai pergi bilik air kalau waktu malam sebab dah kunci pintu.

kucing 1

Kucing Rokiah cemburu apabila melihatnya memangku bayi atau anak kecil.

“Kalau waktu subuh, buka saja pintu, mereka keluar membuang tapi di kawasan rumah saja. Pendek kata tak susah pun bela. Kecuali masa Tompel c1rit-b1rit dulu… memang kena sabar mengemop.

“Tapi kucing-kucing saya pandai cemburu. Kalau saya kendong cucu, kita boleh tengok gerakan telinga dan mata dia. Kadang-kadang ia keluar rumah. Merajuklah tu. Tapi bila kita pujuk tepuk-tepuk, dah okay. Senang je nak pujuk,” ujarnya yang berasal dari Yan, Kedah.

Buang air besar pun pandai pergi bilik air kalau waktu malam sebab dah kunci pintu.

SITI ROKIAH HASSAN

Bercerita lebih lanjut, Siti Rokiah berkata dia sendiri tidak terkecuali berdepan dengan episod sedih apabila kucing kesayangannya hilang tanpa khabar berita.

“Sebelum ini pernah pelihara seekor kucing Parsi yang diberi seorang rakan. Saya bagi namanya Atan. Rakan saya nak beri saya beberapa ekor tapi saya ambil seekor saja.

“Kita manjakan dia, rajin melayan… Atan ni kucing yang bijak, bulu cantik dan ‘mudah mesra’ dengan orang walaupun tak dikenali. Kalau pandai ‘tackle’, memang ia manja.

“Tapi ia hilang tak tahu khabar berita. Boleh jadi ada orang yang ambil sebab Atan memang mudah mesra. Kita ajar sampai jadi cerdik, kemudian hilang pula,” ujarnya yang menetap di Felda Chuping Perlis.

kucing 2

Selain bersembang, Rokiah sering membawa kucingnya berjalan bersama di sekitar rumah.

Tidak menyangka video yang dimuat naik oleh anaknya di Twitter menjadi tular, wanita ini dalam masa yang sama menasihatkan individu yang suka memelihara kucing agar meluangkan lebih banyak masa dengan haiwan tersbeut.

“Kalau nak bela kucing, kena rajin sembang… kalau nak ia dengar cakap, kena selalu berbual dengannya… kita bukan sekadar nak pelihara, tapi nak ia jadi penghibur. Dan keduanya, peliharalah dengan ikhlas dan kasih sayang macam bela anak sendiri,” katanya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Sebut ‘up’ si bulus terus melompat! Makcik Rokiah kongsi rahsia latih kucing, ber4k pun di bilik air… paling sempoi pandai cemburu, merajuk"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect