“KALAU betul-betul tak ada duit beritahu Insyallah walaupun saya tak ada banyak, saya akan bagi juga sikit.”
Ini antara mesej yang ingin disampaikan seorang peniaga dalam talian, Noor Bazlaa Kamaruddin, 32 yang sebelum ini menjadi m4ngsa sc4mmer.
Berkongsi video luahan hatinya apabila menjadi m4ngsa dit1pu di aplikasi TikTok, Bazlaa yang mesra dipanggil Eila berkata, dia mula berniaga secara dalam talian pada pertengahan tahun ini selepas kehilangan punca pendapatan akib4t diberi cuti tanpa gaji.
Menetap di Klang, Selangor, dia menggunakan gaji terakhirnya sebelum diberi cuti tanpa gaji untuk dijadikan modal memulakan peniagaan.
“Saya bekerja sebagai promoter di Aeon Big Klang, tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan saya terpaksa cuti tanpa gaji selama tiga bulan, saya cari kerja sementara tapi tak dapat.
“Hidup di bandar ni tak cukup kalau suami sahaja bekerja jadi saya fikir nak berniaga secara online dan di Shopee, saya minta izin suami dan dia izinkan saya guna gaji terakhir sebelum PKP untuk buat modal.
“Jadi bermodalkan RM300, saya mula jual snek nabati, Alhamdulillah habis, jadi saya ambil stok lagi dan saya mula gunakan TikTok untuk iklankan perniagaan saya,” katanya.
Eila memilih untuk menjual snek Nabati sebagai sumber pendapatannya.
Namun, katanya, pada suatu hari dia menerima tempahan 10 kotak snek tersebut.
“Masa tu gembira sangat Allah sahaja yang tahu,” ceritanya.
Menurut Eila, sc4mmer, dipercayai seorang wanita yang tinggal di Klang itu mend4kwa dia bagaimanapun tidak mempunyai aplikasi Shopee, justeru meminta izin untuk membuat pesanan menerusi pesanan WhatsApp.
“Saya beritahu dia guna Shopee lagi okay dan mudah, tapi si scammer cakap dia tiada apps Shopee dan tak berapa pandai guna.
“Dia cakap dia nak rasa snek Nabati tu sebab nanti kalau sedap dan okey dia nak ambil lagi banyak untuk jual sebab dia pun tengah cari barang untuk dijual, jadi dia tanya boleh ke order guna WhatsApp macam biasa.
“Saya cakap boleh je, saya beritahu total yang perlu dia transfer sekali dengan charge pos, dia bagi alamat, saya pun packing terus, saya maklum pada dia yang saya akan pos pukul 12 tengah hari jadi dia perlu buat pembayaran sebelum waktu itu,” katanya.
Menurut Eila, kebiasaannya suaminya, Muhammad Soleh Abdul rafar, 32 yang bekerja sebagai pemandu lori akan membawa bersama barangan untuk di hantar kepada pelanggan ke pejabatnya dulu apabila dia keluar bekerja pada pukul 3 pagi.
“Musim PKP kan tak boleh keluar selain bekerja jadi suami akan hantar parcel ke pejabat pos selepas dia balik dari kerja pukul 12 tengahari, sebab tu saya beritahu sc4mmer tu untuk bayar sebelum tengahari.
“Tapi sampai waktunya bila saya check akaun bank masih tak masuk pembayaran, saya mesej tanya, dia cakap belum buat pembayaran, jadi dia tanya boleh ke kalau barang sampai dulu baru dia buat payment sebab dia nak pastikan barang betul-betul sampai.
“Saya pun fikir positif je la, lagipun suami dah hantar barang dekat pejabat pos,” katanya.
View this post on Instagram
Menurut Eila, dia menghubungi semula pembeli tersebut beberapa hari kemudian selepas mendapatkan makluman bahawa barangan tersebut telah pun tiba.
“Bila saya WhatsApp mula-mula dia senyap je, masuk hari ke dua saya tanya lagi, dia balas dan beritahu yang barang tu tak sampai pun.
“Saya cakap dalam sistem dah terima, siap ada nama lagi orang yang menerima barang tu, dia cakap mana ada, saya suruh dia pergi pejabat pos untuk double check dan dia cakap akan pergi.
“Tapi memang bila saya buat semakan dengan pos, mereka sahkan parcel dihantar dan mereka tunjuk bukti penerimaan gambar parcel telah diterima dan nama orang yang menerima, memang nama orang yang sama,” katanya.
Sedih dengan nasib yang menimpa dirinya, Eila bagaimanapun tidak melaporkan perkara tersebut.
“Saya tak buat laporan pun sebab saya tak tahu nak beritahu macam mana sebab saya pun baru kali pertama berniaga dan baru pertama kali kena t1pu.
“Tapi masa tu memang sedih sangat sebab saya memang betul-betul harapkan suami, nampak dia pun sedih sebab modal short untuk restock barang, lepas tu dia juga yang tolong ambil stok dan tolong pergi pos bila lepas balik kerja,” katanya.
Walaupun nilai kerugian sekitar RM100 itu kecil bagi sesetengah pihak, bagi mereka yang berpendapatan kecil, nilai itu cukup besar.
“Anggaran kerugian akak dalam RM100, bagi kami yang gaji kecil lepas tu terpaksa tanggung kos sara hidup di bandar ni, RM100 tu kalau hilang memang terasa sangat, nak-nak masa tu tengah PKP kan,” katanya.
Sedih tu memang sedih, tapi saya redha itu mungkin rezeki dia, saya halalkan tapi saya harap dia berubah, tak baik t1pu macam tu lebih-lebih lagi makanan yang menjadi dar4h daging.
NOOR BAZLAA KAMARUDDIN
Penjual dalam talian
Ditanya apa yang ingin disampaikan dia kepada sc4mmer tersebut sekiranya dia membaca artikel ini, Eila berkata, dia berharap wanita terbabit sedar bahawa tindakannya itu tidak baik dan perlu segera berubah.
“Satu je saya nak pesan, saya tak pernah marah pun atas apa yang dia buat pada saya, sedih tu memang sedih, tapi saya reda itu mungkin rezeki dia, saya halalkan cuma saya harap dia berubah, tak baik t1pu macam tu lebih-lebih lagi makanan yang menjadi dar4h daging,” katanya yang masih belum dikurniakan zuriat selepas lapan tahun berkahwin.
Menurut Eila, dia kini belajar dari kesilapannya justeru dia hanya menjual snek tersebut di akaun shopeenya eila_shoope2152.
Eila menjual snek Nabati di platform Shopee.
Selain itu Eila berkata, dia bersyukur kerana sudah mula bekerja semula di Aeon.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Guna gaji akhir buat modal niaga online, wanita seronok dapat order banyak tanggung rugi dit1pu sc4mmer… walau RM100 tapi memang terasa sangat!"
Post a Comment