20 Tahun Jadi Puteri Tertukar, Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada IC

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada pasangan yang bergelar suami isteri. Sudah menjadi kelaziman iaitu apabila pasangan yang sudah berkahwin akan menginginkan cahaya mata untuk menjadi penyeri kehidupan mereka.

Tetapi apa perasaan ibu bapa jika anak yang dianggap anak kandung sendiri sebenarnya adalah anak orang lain. Setelah dijaga bertahun2 barulah mengetahui bahawa anak yang dianggap anak kandung itu telah tertukar dengan anak orang lain semasa mereka berada di hospital.

Begitulah yang terjadi kepada 3 orang gadis yang selama ini tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai kembar yang seiras wajah dengan mereka.

Perkara itu hanyalah diketahui apabila salah seorang dari kawan mereka yang telah memberitahu bahawa dia telah menemui seseorang yang persis wajah mereka.

Cerita bermula 20 tahun lepas iaitu akib4t kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu Kelantan yang telah secara tidak sengaja tertukar bayi perempuan yang mengakibatkan 2 keluarga tanpa ketahui hal sebenar yang mereka telah menjaga dan membesarkan anak perempuan yang bukan milik mereka.

Susulan daripada peristiwa itu, kembar 3 itu telah hadir ke Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri akib4t daripada penukaran identiti mereka itu.

Kini, nama mereka telah ditukar kepada nama bapa kandung mereka sendiri setelah ujian DNA membuktikan bahawa keluarga kandung merupakan ibu bapa kandung mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Bernama/Ig yni.iwnis



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "20 Tahun Jadi Puteri Tertukar, Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada IC"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect