Sebelum ini, Shuib menerusi akaun Youtube miliknya ada berkongsi satu video kenangan bersama Allahy4rham Siti Sarah ketika mereka mendendangkan sebuah lagu berjudul ‘Sampai Tua’.
Terbaru, Shuib telah melancarkan lagu tersebut di akaun Youtube miliknya. Meskipun terpaksa menyanyikan lagu ciptaaan Aidit Alfian itu secara solo, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, kelihatan tabah dan redha dengan ujian yang melanda.
Dinda kau masih paling jelita
Jom dengarkan lagu Sampai Tua di Youtube Shuib Channel. Dari sebelum kahwin lagi, @shuibsepahtu dan arw4h sarah dah dengar lagu Sampai Tua. Menanti lebih 10 tahun untuk lagu ni. Shuib dah janji sama-sama nak nyanyi dengan arwah sarah tahun lepas tapi nampaknya tak kesampaian. Akhirnya yang tinggal hanya kenangan, yang tersemat dalam jiwa sampai bila-bila. Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik. Sama-sama kita sedekah Al Fatihah kepada Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin.
Di Instagram, Shuib memberitahu bahawa dia dan Sarah sudah menanti lebih dari 10 tahun untuk lagu ini. Bahkan, mereka turut merancang untuk menyanyikan lagu ini secara duet. Namun, itu semua hanyalah perancangan dan Alllah yang menentukan segalanya. Siapa sangka, isteri yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya ujar Shuib. Tambah Shuib, lagu ini sangat bermakna buat dirinya.
Baru sahaja dimuat naik di Youtube, lagu ‘Sampai Tua’ ini sudah meraih lebih daripada 90 ribu tontonan. Rata-rata netizen, meluahkan rasa bangga kerana Shuib berjaya merakamkan lagu ini sehingga habis secara solo. Pada masa yang sama, netizen turut terkenang mengenai berita pemergian arwah Siti Sarah. Ujar netizen, bait-bait lirik yang terakhir ternyata mengundang seb4k sekiranya pendengar menghayati maksud lirik tersebut.
Sumber: Shuib
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "[VIDEO] ‘Sampai Tua’ Shuib Raih 90k Tontonan Di Youtube – ‘Sampai Saja Part Akhir Terus Seb4k’"
Post a Comment