Biasanya sewaktu kita berborak, memang kita akan jadi ralit dengan perbualan sampai boleh tak perasan dengan keadaan sekeliling, kan? Tapi kalau sampai stereng kereta hilang pun tak perasan, memang level lain dah ni!
Melalui video Tiktok yang dikongsi oleh pengguna @fakhrulwazin, lelaki ini mengusik ibunya dengan mencabut stereng kereta yang ingin dipandu. Stereng itu disorok oleh pemilik video yang memegangnya di tempat duduk belakang kereta.
Yang menariknya, ibu lelaki ini dilihat langsung tidak perasan kehilangan stereng kereta ini pada awalnya. Dia lebih ralit berbual dengan anaknya sambil tangannya cuba mencapai stereng kereta yang sudah dicabut awal.
Ni pa jauh sangat ni. Heiii stereng mana?”
Menurut maklumat dari pengguna lain di ruangan komen, kereta tersebut menggunakan jenis stereng yang boleh dipasang dan dicabut pada bila-bila masa.
Video berdurasi 15 saat ini mendapat lebih sejuta tontonan di laman Tiktok, di mana rata-rata netizen berdekah melihat gelagat wanita itu. Ramai yang ‘kesian’ melihat aksinya terkapai-kapai mencari stereng.
Video:
Ada netizen yang berminat dengan jenis stereng yang boleh dicabut itu. Ada juga yang bergurau, menyatakan ini merupakan jenis kereta berjenama Tesla baru. Amboi… advance sangat tu bang.
Aduhai… orang kita ni kalau pasal menyakat tu, ada je caranya kan?
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : lobak Merah
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "“Tesla baru ke ni?” – [VIDEO] Anak ‘Pr4nk’ Sorok Stereng Kereta, Reaksi Ibu Buat Ramai Berdek4h"
Post a Comment