Kerengga Ditinggal ‘Rakan’ Lepas Bantu Panjat Daun, Video Serangga Ini Ditonton 7.6 Juta Kali Di TikTok

Serangga seperti semut atau kerangga dikenali sebagai haiwan yang hidup dalam koloni di mana mereka akan bantu-membantu antara satu sama lain. Selalunya kalau kita nampak haiwan di di kawasan rumah kita, mesti dorang akan jalan berderet kan.

Namun, baru-baru ini viral pula sebuah video di TikTok tentang seekor kerengga yang ditinggal rakan-rakannya selepas ia membantu kerengga yang lain memanjat daun. Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai jcastaneda12 pada 19 Oktober lalu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ada tiga ekor kerengga yang sedang memanjat daun namun kerengga ketiga tak dapat panjat sebab ia telah ditinggal rakan walaupun telah membantu kedua-dua rakannya itu.

Ramai netizen yang berpendapat kerengga tu pun nampak macam sedih sebab ia sorang je yang masih berada di bawah.

Video:

Sehingga kini, (ketika artikel ini ditulis) video TikTok kerengga itu telah meraih tontonan sehingga 7.6 juta. Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen juga meluahkan rasa sedih mereka kepada serangga kecil ini.

Ada juga yang mengatakan situasi tu sama macam peribahasa bagai kacang lupakan kulit.

Komen Netizen:

Rata-ratanya juga mengatakan mereka juga pernah mengalami situasi yang sama seperti kerengga tersebut ketika hidup berkawan. 

 

Sumber: TikTok @jcastaneda12

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Kerengga Ditinggal ‘Rakan’ Lepas Bantu Panjat Daun, Video Serangga Ini Ditonton 7.6 Juta Kali Di TikTok"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect