[Vide0] Si kecil ini mer4ung halang ibunya masak ketam penawar C0v1d 19, dah sayang sangat ‘kawan’ baharu – “Tak nakkk, jangan pot0ng”

KEBANYAKAN kita pasti pernah memiliki haiwan peliharaan tidak kiralah yang tua mahupun muda. Bagi kanak-kanak ini pula, dia memilih seekor ketam untuk dijadikan sebagai penemannya di rumah.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, kanak-kanak itu dilihat tidak membenarkan sesiapa pun mengusik ketam yang dibeli oleh bapanya kerana mahu menjadikan haiwan itu sebagai kawan.

“Tak nakkk, jangan pot0ng,” katanya sambil mer4ung dan memegang erat sebekas ketam yang masih hidup. Rakaman tersebut meraih hampir 700,000 tontonan dan ramai yang terhibur melihat gelagat anak kecil itu.

Menurut Norashikin Md Kikar, 30, kanak-kanak di dalam video tersebut adalah anaknya, Nur Aafiya Muhammad Fahmi yang berusia tiga tahun dan pada mulanya engg4n melepaskan ketam itu untuk dimasak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Wanita itu memberitahu, dia sekeluarga disahkan pos1tif C0v1d 19 pada 27 Julai lalu dan membeli ketam tersebut untuk dimakan sebagai salah satu ikhtiar sewaktu menjalani kuar4ntin di rumah mereka di Flat Tanjung, Kota Damansara.

“Sebenarnya kami tengah berkuar4ntin di rumah sebab satu keluarga pos1tif C0v1d 19. Beli ketam tu untuk buat sup sebab orang bagi petua merawat C0v1d 19, tak sangka pulak anak boleh suka.

“Kami beli 14 ekor untuk masak maggi ketam dan juga sup. Aafiya akhirnya bagi masak tapi ada seekor sahaja yang dia tak bagi kami siang sebab nak buat ‘kawan’.

“Awal pagi lagi dia main dengan ketam, ayahnya minta nak si4ng untuk masak tengah hari tu pun tak dapat. Jadi saya tak bolehlah masak dia punya ketam kerana dah terlalu sayang.

IMG_5621

Shikin (kanan) terpaksa membiarkan Aafiya ‘berkawan’ dengan seekor ketam.

“Dia bawa ketam itu main gelongsor dan buaian. Sampai mandi pun bertemankan ketam juga, nasib baiklah belum pernah kena kepit,” ujarnya yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah kilang yang terletak di Sungai Buloh.

Tambahnya, Aafiya bukan sahaja berani menjadikan ketam sebagai peneman, malah dia juga berani mendekati haiwan lain apabila pulang ke kampung halaman.

Ibunya yang mesra disapa Shikin berkata, Aafiya memang sangat sukakan haiwan.

“Aafiya memang sukakan bin4tang, kalau balik kampung tu habis angsa dan kambing semua dia kejar. Buat masa ni belum ada lagi bin4tang yang dia takut, semuanya dia suka.

“Kalau masa cuti kat rumah pula, dia suka main hamster, bagi kucing makan dan kalau tengok video pun pasal haiwan

“Dia memang anak yang sangat berani, kita mungkin akan takut atau g3li dengan sesetengah haiwan tetapi tidak bagi Aaafiya. Dia boleh pegang angsa macam tu sahaja, kalau kita yang dewasa ni mesti dah lari dulu.

Pesanan saya kepada para ibu bapa di luar sana, jangan sesekali mengh4lang perkembangan anak.

NORASHIKIN MD KIKAR

“Aafiya pernah naik kuda seorang diri dengan bantuan orang yang mengawal haiwan tersebut. Pernah juga saya pergi kedai hardware dan dia panjat tangga yang boleh dilipat tu,” katanya yang berasal dari Parit Bugis, Muar Johor.

Seperti ibu bapa yang lain, Shikin juga sering melayan segala kerenah anak tunggalnya yang suka mencuba pelbagai aktiviti baharu.

Dia berpesan agar ibu bapa diluar mengalakkan anak-anak melalukan perkara yang diminati untuk perkembangan minda mereka

“Kalau ada masa lapang biasanya saya melayan dia main masak-masak atau apa sahaja permainan yang Aafiya minat. Anak saya ni paling sukalah bermain dengan alat solek.

IMG_5622

Aafiya seorang yang sangat berani dan sukakan haiwan.

“InsyaAllah kalau ada keizinan, saya tunggu kelab kuda buka dan akan mendaftarkan Aafiya untuk masuk ke kelab menunggang kuda.

“Pesanan saya kepada para ibu bapa di luar sana, jangan sesekali mengh4lang perkembangan anak. Kita perlu menggalakkan anak-anak lakukan apa yang mereka minat dan berikan perhatian selagi ia tak membahayakan nyawa,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "[Vide0] Si kecil ini mer4ung halang ibunya masak ketam penawar C0v1d 19, dah sayang sangat ‘kawan’ baharu – “Tak nakkk, jangan pot0ng”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect