Sil4p beri kepercayaan, habis rambut si bapa gond0l ‘dikerj4kan’ dua anak… akhirnya bertopi pergi kerja! – “Ayah minta trim sikit je”

KETIKA ini kerajaan masih tidak membenarkan kedai gunting rambut dan salun beroperasi memandangkan k3s C0v1d 19 terus menunjukkan peningkatan khususnya di Selangor.

Justeru rata-rata kaum lelaki terp4ksa menggunakan khidmat isteri, ibu atau ahli keluarga masing-masing sebagai tukang gunting rambut ‘bid4n terjun’.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang gadis berkongsi kisah lucu apabila dia tersil4p menggunting rambut bapanya sehingga akhirnya terp4ksa ‘mengg0ndolkan’ kepala lelaki tersebut sebagai jalan selamat.

“Pot0ng rambut ayah went wr0ng. Sorry ayah,” demikian tulis gadis tersebut pada video berkenaan yang sehingga kini meraih lebih daripada 17,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ayna Azmi berkata dia diberi kepercayaan oleh bapanya, Azmi Alias, untuk melakukan tugas berkenaan minggu lalu.

“Masa tu ayah baru pulang kerja dan tiba-tiba sahaja dia minta saya tolong pot0ngkan rambutnya. Saya pun tak tahu apa yang membuatkan ayah meletakkan kepercayaan kepada saya, tapi saya ikut je la.

“Ini bukanlah kali pertama saya menggunting rambut orang. Sebelum ini pernah tolong gunting rambut adik, tapi memang tak menjadi sangat.

“Tapi saya ikutkan permintaan ayah sebab dia nak minta pot0ng sikit je dekat bahagian cuping telinga dan leher, bukan buat style apa-apa,” cerita gadis yang menetap di Teluk Panglima Garang, Selangor ini.

botak baru 1

Bapa Ayna merupakan seorang yang tegas namun lucu.

Cerita Ayna, gara-gara dia ‘terl4jak’ menggunting, pot0ngan rambut bapanya menjadi pelik dan tidak sekata.

“Masa itu adik lelaki saya pula balik dan dia tegvr rambut ayah makin pelik… siap tunjuk cermin dekat ayah. Saya lagilah rasa serba salah.

“Kemudian adik lelaki ambil alih tugas menggunting rambut ayah tapi sebab dah ‘tobek’ sana sini, ayah kata botakkan sajalah. Yang lucunya, kami berdua botakkan kepala ayah dengan pisau cukur biasa saja sebab tak ada shaver.

Mula-mula dia macam sedih juga tengok rambutnya ‘dikorbankan’ tapi kemudian dia kata seronok juga rambut botak… ringan sikit kepala.

AYNA AZMI

“Ramai yang komen kenapa tak guna shaver. Kami tak ada shaver dan tak terfikir pun nak beli sebab ayah pun minta tolong spontan je. Lagipun masa tu niatnya nak trim sedikit sahaja,” ceritanya ketawa kecil.

Menurut Ayna, bapanya sanggup mengenakan topi sepanjang hari ketika keluar bekerja pada keesokan hari.

“Mula-mula dia macam sedih juga tengok rambutnya ‘dik0rbankan’ tapi kemudian dia kata seronok juga rambut botak… ringan sikit kepala. Tak tahulah betul atau tidak, ataupun dia nak ambil hati kami supaya tak rasa bers4lah.

“Cuma dia cakap lepas ni ser1k dah… tak nak dah suruh saya pot0ngkan rambutnya,” cerita anak kedua daripada empat adik beradik ini lagi.

botak baru 3

Ayna bersama ibu bapa dan adik beradiknya.

Menurut gadis yang mengusahakan bisnes secara online ini, dia sama sekali tidak menyangka videonya mengundang perhatian netizen.

“Ramai yang komen terhibur dengan video tersebut. Ada juga yang seronok sebab ayah sporting. Tapi ramai juga yang puji ayah nampak lebih muda macam ‘brother-brother’ bila berkepala botak.

“Ayah tahu orang puji, dia baca komen-komen tu sebab dia pun ada akaun TikTok untuk stalk saya. Makin kembanglah dia baca pujian tu semua. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang beri komen-komen positif dan terhibur dengan video tersebut,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Sil4p beri kepercayaan, habis rambut si bapa gond0l ‘dikerj4kan’ dua anak… akhirnya bertopi pergi kerja! – “Ayah minta trim sikit je”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect