Rezeki si gadis desa! Gag4u punya gag4u, dapat habuan haruan besar lengan… video raih jutaan views di TikTok – “Pernah je kena seng4t…”

KEHIDUPAN di desa sememangnya begitu menyeronokkan. Bukan sahaja suasananya yang tenang dan mendamaikan, malah pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan.

Jika ditelusuri di media sosial, terdapat banyak video yang dikongsikan oleh warganet mengenai aktiviti mereka di desa, secara tidak langsung dapat mengubati rindu golongan warga kota yang sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok baru-baru ini, seorang gadis memuat naik video ketika dia bersama keluarga melakukan aktiviti ‘menggagau ikan’ di bendang, yang sehingga kini meraih lebih daripada 1.4 juta tontonan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah keberanian gadis ini menggagau ikan di dalam terusan berselut sebelum berjaya menangkap seekor haruan sebesar lengan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Nur Dayana Mohd Fairuz berkata aktiviti menggagau ikan sememangnya menjadi satu aktiviti ‘wajib’ bagi keluarganya dan penduduk kampung setiap kali tibanya musim menuai padi.

“Sebenarnya dari kecil lagi saya dah biasa ikut ayah dan ibu ke bendang untuk mengg4gau ikan. Kalau dulu saya ‘mengekor’ dan jadi tukang bawa baldi je sebab tak berani lagi… lagipun ada yang berseng4t.

“Bila dah bersekolah, barulah ibu dan ayah berani lepas. Kalau dulu memang dapat banyak ikan setiap kali turun menggagau, sekarang ni dah kurang sikit.

ikan

Antara hasil tangkapan keluarga Yana baru-baru ini.

“Paling best, selepas balik dari mengg4gau, kami akan siang ikan dan terus masak untuk makan bersama-sama.

“Sebelum p4ndemik, saudara mara dari daerah lain pun akan join sekali menggagau kalau balik kampung. Memang meriah. Tapi sekarang ni kami sekeluarga saja,” ujarnya gadis yang menetap bersama keluarganya di Kampung Tali Air 12 Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor.

Antara ikan yang sering menjadi habu4n mereka sekeluarga adalah ikan sepat, puyu, keli dan haruan.

gagau baru 2

‘Picnic’ di sawah juga merupakan antara aktiviti yang dilakukan oleh keluarga Yana.

Bercerita mengenai keseronokan menggagau ikan, gadis yang senang disapa sebagai Yana ini turut berkongsi pengalamannya yang pernah terkena seng4tan ikan keli.

“Pernah je terkena tapi syukur tak sampai mel4rat teruk, berdenyut-denyut saja. Ayah saya biasa kena. Paling tervk, boleh sampai dem4m. Tapi memang selalu beringat sebab ibu ayah banyak kali pesan.

Saya tak geli dengan pac4t atau lint4h, tapi risau kalau ia ‘naik’ atau merayap dekat tempat tak sepatutnya.

SITI NUR DAYANA MOHD FAIRUZ

“Kalau bab ul4r tu, tak dinafikan memang ada… lebih-lebih lagi kalau dekat parit. Kita fikir ia lubang belut tapi sebenarnya lubang ul4r. Saya tiada pengalaman lagi terpegang ular… mohon dijauhkan sangat.

“Tapi ramai pula yang ‘concern’ bab pac4t atau lint4h lepas tengok video tu. Sebenarnya boleh dikatakan dekat kawasan bendang sini tak ada pac4t sangat. Saya tak g3li dengan pac4t atau lint4h, tapi risau kalau ia ‘naik’ atau merayap dekat tempat tak sepatutnya.

“Namun perasaan teruja dan seronok mengg4gau ikan melebihi perasaan t4kut atau g3li. Apa yang penting, kita berhati-hati dan doakan moga dijauhkan perkara tak diingini,” ujarnya yang juga lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan sedang menunggu kemasukan ke pusat pengajian tinggi.

gagau baru 3

Yana gemar menghabiskan masa terluang bersama keluarganya sebelum menyambung pengajian ke isntitusi pengajian tinggi, tidak lama lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Yana berkata dia sekadar berkongsi aktiviti yang dilakukannya bersama keluarga di kampung untuk dijadikan kenangan.

“Inilah aktiviti yang kami lakukan untuk habiskan masa bersama-sama. Orang kata, masa berkualiti bersama keluarga. Iyalah, nak berjalan jauh tak boleh. Selain menggagau ikan, kami berbasikal hirup udara petang sebab seberang jalan je ada pantai.

gagau baru 1

Yana dan keluarganya menetap di Sekinchan, Selangor.

“Pernah juga kami ‘picnic’ dekat bendang. Pacak khemah, masak makanan simple dan nikm4ti masa bersama keluarga.

“Tak sangka pula dapat jumlah tontonan yang tinggi dan komen pun banyak. Ramai yang luahkan rasa rindu sebab lama tak balik kampung. Mudah-mudahan p4ndemik ni reda cepat supaya kehidupan kita kembali seperti biasa,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : satkoba.bbn



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Rezeki si gadis desa! Gag4u punya gag4u, dapat habuan haruan besar lengan… video raih jutaan views di TikTok – “Pernah je kena seng4t…”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect