Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kasih yang disulam disangka berpanjangan hingga ke jenjang pelamin, namun ajal terlebih dahulu datang menjemput.
Satu kisah yang meruntum jiwa mengenai pasangan ini dikongikan oleh sepupu kepada arw4h bakal pengantin perempuan menerusi video perkongsian di aplikasi TikTok.
Arw4h seperti kakak kandung saya sendiri
“Arw4h sudah dianggap seperti kakak kandung sendiri kerana ibu saya sudah memelihara arw4h dan dua adik beradiknya yang lain sejak kecil selepas kem4tian ibu mereka.”
“Ibu saya yang merupakan kakak kepada ibu mereka, ketika itu belum dikurniakan anak selepas 10 tahun berkahwin. Hanya selepas dua tahun memelihara ketiga-tiga mereka, barulah saya lahir.”
Apabila tahu dia dah sakit buah pinggang tahap lima
“Arw4h Kak Ema (Zaimah) sebelum-sebelum ini ada mengadu sakit pinggang namun ingatkan sakit biasa saja, lapor mStar“
“Namun pada Oktober tahun lalu, baru tahu dia sakit buah pinggang ketika tahu tu dia dah di tahap lima,” katanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.
Menurut Din, kakaknya sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan pada pertengahan tahun lalu, selepas saling mengenali hati budi masing-masing selama empat tahun.
Rancang nikah awal bulan ini
Difahamkan, arwah Zaimah (kanan) berulang-alik ke hospital untuk menjalani raw4tan dial1sis sejak disahkan menghidap sakit buah pinggang kron1k pada Oktober lalu.
Pasangan tersebut merancang untuk bernikah pada awal bulan ini sepatutnya, namun tidak kesampaian selepas Zaimah tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.
Arw4h hembuskan nafas pada 12 Mac
“Rutin kakak memang kena cuci darah dua kali setiap minggu. Kira-kira seminggu sebelum men1nggal dunia, kakak jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Rupa-rupanya dia terkena j4ngkitan kum4n.”
“Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang, arw4h menghembuskan nafas terakhir di hospital pada 12 Mac lalu,” ujarnya yang juga merupakan pemilik restoran Nasi Manuk di Sandakan.
Pada hari pengebumian, ramai sungguh rakan-rakannya yang datang. Mungkin kerana ramai yang menyenangi sikapnya.
Jatuh bangun niaga, dia ada bersama
Selepas seminggu selepas kematiannya, Din berkata keluarganya masih bersedih dan terkesan kerana tidak menyangka arw4h akan pergi meninggalkan mereka pada usia yang muda.
“Arw4h bersama-sama saya berniaga nasi manuk di tepi jalan sebelum ini. Daripada buka payung gerai tepi jalan, hasil usaha bersama kami dapat buka restoran. Tahun ini merupakan tahun ketiga restoran kami beroperasi.”
Insan paling terkesan adalah tunang arw4h
“Kiranya jatuh bangun berniaga, dia ada bersama-sama. Itu yang buatkan saya sedih. Begitu juga ibu yang memelihara kakak sejak kecil.”
“Namun, insan yang paling terkesan sudah tentu tunang arwah. Ketika hari pengebumian, wajahnya sugul sangat. Banyak kali nampak dia termenung menyapu air mata.”
Dari usung keranda hingga liang lahad, temani perjalanan terakhir arw4h
“Daripada usung keranda hinggalah ke liang lahad, dia akan tampil ke depan. Mahu temani perjalanan terakhir arw4h.”
“Dia ada cerita, kalau lalu KFC dekat tempat kami, dia mesti menangis sebab teringat kenangan dengan arw4h sebab tempat itulah mereka mula jatuh cinta,” ujarnya.
Jelas Din, dia tidak menyangka video tersebut menjadi tular, Din berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen tersebut di media sosial sebagai kenangan.
Masa pengebumian ramai rakannya yang datang
“Kalau nak tahu, arw4h ni jarang habiskan masa bermain media sosial. Tapi masa hari pengebumian, ramai sungguh rakan-rakannya yang datang.”
“Mungkin kerana ramai yang menyenangi sikapnya.Alhamdulillah ramai yang mendoakan arw4h kakak. Mudah-mudahan doa untuk arw4h dimakbulkan.”
“Tak sangka ramai juga yang terkesan sebab mereka turut pernah alami detik kehilangan pasangan. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya lagi.
Takziah diucapkan kepada keluarga, semoga kalian diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.yoy.my/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "[VIDEO] “Setia teman hingga liang lahad,” Tak Henti Sapu Air Mata, Tunang Tabah Usung Keranda"
Post a Comment