Tindakan pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad memuat naik sebuah posting di Instagram yang mengenakan busana serba putih bak pengantin baharu dihujani ucapan tahniah warganet.
Menerusi posting berkenaan, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu hanya menulis kapsyen ringkas yang mengucapkan syukur ‘alhamdulillah’.
Alhamdulillah!
View this post on Instagram
Berikutan itu, posting berkenaan mengundang persoalan dalam pengikut pengacara Wanita Hari Ini (WHI) tersebut, adakah Uyaina telah selamat mendirikan rumah tangga atau sekadar gimik semata-mata?
Rata-rata terkejut namun menitipkan ucapan tahniah selain memuji kecantikan pelakon berusia 29 tahun itu yang terserlah kejelitaan dalam busana berkenaan.
Sampai hati tak jemput
Alhamdulillah
Cantiknya! Tahniah
Serius la dah nikah?
Bagaimanapun jangan salah sangka, difahamkan Uyaina sedang melakukan penggambaraan drama berjudul Love Elsa yang membawa watak sebagai Ammara bergandingan bersama Zul Ariffin.
Terdahulu, Uyaina mengesahkan dia sudah dirisik keluarga kekasihnya Raja Syahiran pada November tahun lalu dan masih dalam proses untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.
Sumber: Instagram Uyaina Arshad
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : http://www.dnq.pw/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "“Tahniah Uyaina Arshad, Nikah Ke Tunang?” – Netizen"
Post a Comment