“Memang Copy Paste” Disangka Ada Cermin, Wajah Anak Gadis Nabila Huda Sebijik Sepertinya

Kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? 

Begitu lah juga kepada pelakon berbakat besar iaitu Nabila Huda ini apabila anak gadisnya yang bernama Keisha Laila kelihatan sebijik seperti wajahnya.

Bukan itu sahaja, gaya Keisha turut kelihatan seakan-akan sama seperti Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil itu.

Abil ada memuat naik satu foto ketika beliau dan Keisha sedang bersenam di sebuah gimnasium.

Keisha turut memakai pakaian sama seperti Abil sehingga membuatkan ramai menyangka terdapat cermin besar di belakang Abil.

Ramai juga meninggalkan komen memberitahu muka mereka seakan-akan copy paste, maklum lah dah anak beranak mesti la ada iras-iras mukanya kan.

Keisha kini yang sudah berusia 12 tahun turut tinggal bersama dengan Abil dan suaminya iaitu Mohd Izwan Johar.

Nampaknya lepas ni Keisha mesti akan lawan ketinggian mummy tu kan, kalah la Abil lepas ni.

Sumber foto: Instagram Nabila Huda

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Hot Fm



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "“Memang Copy Paste” Disangka Ada Cermin, Wajah Anak Gadis Nabila Huda Sebijik Sepertinya"

Post a Comment