Tiket bas pulang ke Kelantan laris

Tidak sampai beberapa jam pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir kebanyakan negeri, penjualan tiket bas ke Kelantan laris kerana masing-masing mahu pulang ke kampung halaman.

Kebanyakan bas dari semua negeri sejak malam tadi dikatakan, penuh sehingga pagi ini sebelum PKPB berkuatkuasa tengah malam ini.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail, berkata hampir kebanyakan bas terutama dari Perak, Johor, Penang penuh sejak malam tadi hingga pagi ini.

“Kebanyakan bas mendapat sambutan di negeri yang baru dilaksanakan PKPB manakala sambutan di Lembah Klang masih sama kerana negeri berkenaan sudah menjalani PKPB dan memerlukan surat.

“Sambutan diterima agak menggalakkan dan kita percaya mereka mahu pulang sebelum pelaksanaan PKPB mulai tengah malam ini,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, ejen penjualan tiket bas, Izani Zakaria, 38, berkata sambutan terhadap penjualan tiket bas sangat menggalakkan sejak malam tadi.

“Sejak malam tadi bas penuh pulang ke Kelantan sehingga pagi ini. Ramai orang mengambil kesempatan kerana selepas ini tidak boleh lagi merentas negeri.

“Sejak PKPB di Lembah Klang, penjualan tiket bas agak perlahan sehinggalah pengumuman PKPB petang semalam,” katanya.

Join Telegram

Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.

Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.

Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.

The post Tiket bas pulang ke Kelantan laris appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

0 Response to "Tiket bas pulang ke Kelantan laris"

Post a Comment