Maszlee Malik Umum Tarik Diri Daripada Parti Pejuang

Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan menarik diri daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Penaja penubuhan parti berkenaan berkata, beliau akan meneruskan usahanya membantu rakyat melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas dan ruang aktivisme melalui rangkaian Badan Bukan Kerajaan.

Ini, katanya termasuk membantu mereka yang terkesan dengan COVID-19 dan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan.

“Saya percaya perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pejuang yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya, sehingga kini masih belum diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata keputusannya dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat.

“Saya yakin rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis. Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,” katanya.

— BERNAMA

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

The post Maszlee Malik Umum Tarik Diri Daripada Parti Pejuang appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

0 Response to "Maszlee Malik Umum Tarik Diri Daripada Parti Pejuang"

Post a Comment