Maklumat Terkini Tentang Suspek Bunuh Kejam Adik Surya

Semalam polis telah menahan seorang remaja perempuan yang merupakan rakan sekolah kepada arwah adik Surya yang mati dibunuh kejam. Tangkapan dibuat selepas pihak polis melihat bukti CCTV berhampiran rumah burung di rumah mangsa.

Walaubagaimanapun, dikatakan keterangan yang diberikan suspek sangat mencurigakan, didapati juga ada kesan gigitan pada lengan dan badannya. Siasatan di rumah suspek dijalankan dan mendapati ada peralatan solek dan wang tunai milik adik Surya.

Baca : Bapa Harap Pembunuh Siti Nur Surya Terima Balasan Setimpal

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek datang ke rumah mangsa. Kemudiannya, berlaku kata-kata yang menimbulkan kemarahan suspek sebelum mengambil pisau dan mengelar tangan mangsa sehingga putus.

Menurut laporan Harian Metro, suspek yang merupakan pelajar tingkatan enam itu direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh.

BACA: Polis tahan rakan sekolah Surya

Kredit: Harian Metro

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

The post Maklumat Terkini Tentang Suspek Bunuh Kejam Adik Surya appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

0 Response to "Maklumat Terkini Tentang Suspek Bunuh Kejam Adik Surya"

Post a Comment