Pengeluaran Caruman Akaun 1 KWSP| Baru-baru ini, ramai yang memberi cadangan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran akaun satu Kumpulan Simpanan Wang Pekerja ( 1 KWSP) kerana terjejas disebabkan wabak yang melanda. Menerusi laporan Harian Metro, kerajaan telah bersetuju untuk mengkaji perkara tersebut untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan.
Sepertimana yang kita tahu, sebelum ini kerajaan beranggapan yang pengeluaran caruman akaun satu KWSP agak sukar untuk diluluskan. Muhyiddin mengatakan yang rakyat akan menghadapi masalah yang lebih sukar di masa akan datang sekiranya kerajaan membenarkan perkara tersebut.
BACA: Daripada meminjam, lebih baik keluarkan akaun 1 KWSP
Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Pelbagai pihak yang meminta kerajaan menimbangkan pengeluaran pencaruman KWSP daripada akaun satu dan perkara tersebut sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin.
Pada tahun 2021 juga kerajaan akan memberi bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan 2021 nanti. Jika bantuan tersebut memadai, korang tak perlulah keluarkan simpanan tersebut.
Walaubagaimanapun, kerajaan akan terus meneliti golongan yang terjejas teruk akibat pandemik ini. Jadi, korang diminta untuk terus menunggu pengumuman yang akan dibuat Menteri Kewangan nanti.
Kredit: Harian Metro
The post Kerajaan Setuju Kaji Pengeluaran Caruman Akaun 1 KWSP appeared first on Suara Viral Malaysia.
source: Suara Viral Malaysia
0 Response to "Kerajaan Setuju Kaji Pengeluaran Caruman Akaun 1 KWSP"
Post a Comment