40,000 ‘Delivery Rider’ Antara 100,000 Pekerja Dapat Manfaat Skim Bencana Pekerjaan PERKESO RM24 Juta

Kira-kira 40,000 pekerja penghantaran (delivery rider) antara yang bakal mendapat manfaat caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM24 juta disediakan pihak kerajaan bagi tujuan tersebut yang disasarkan kepada 100,000 pekerja bagi kumpulan-kumpulan tersebut.

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO

“Pertama, (iaitu) anggota pasukan sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sukarelawan pasukan simpanan polis, sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam dan sukarelawan Maritim Malaysia.

“Kedua, guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan merbut, seterusnya pekerja sektor awam berstatus ‘contract for services’.

“Dan bagi menghargai sumbangan delivery riders yang menjadi barisan sokongan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), inisiatif ini turut dipanjangkan kepada 40,000 orang delivery riders,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Berita lanjut menyusul.

BACA: Elaun Guru Takmir Dinaikkan Kepada 900 Sebulan, Bantuan Secara One-off RM 500 Untuk Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir Dan Guru KAFA

Sumber: RTM

The post 40,000 ‘Delivery Rider’ Antara 100,000 Pekerja Dapat Manfaat Skim Bencana Pekerjaan PERKESO RM24 Juta appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

0 Response to "40,000 ‘Delivery Rider’ Antara 100,000 Pekerja Dapat Manfaat Skim Bencana Pekerjaan PERKESO RM24 Juta"

Post a Comment