"Saya sebenarnya mengalami titik buta (blind spot). Ketika nak keluar dari kawasan lorong perumahan dan tiba di simpang tiga Desa Pandan, saya tak perasan kehadiran kereta dan kami berlanggar. Sukar untuk kata sama ada kami sama-sama laju tapi impaknya saya tercampak dan tayar tercabut dari basikal," demikian kata Bagio Damasutra, 49, dalam keadaan sedar ketika dibantu pemandu kereta terbabit dan orang ramai.
"Ketika itu topi keledar masih di kepala saya. Sebaik topi keledar dibuka, saya dapati ada luka dan pendarahan di kening kiri. Bibir juga pecah. Saya juga sempat menghubungi isteri memaklumkan perkara ini, manakala pemandu tadi bawa saya ke klinik. Tak lama kemudian isteri saya tiba dan bawa saya ke Hospital Ampang," katanya yang patah bahu kiri dan luka di kening serta bibir selepas terbabit dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti berbasikal di Desa Pandan, Kuala Lumpur, semalam.
source: GARA-GARA BERBASIKAL - BAGIO PATAH TULANG BAHU
0 Response to "GARA-GARA BERBASIKAL - BAGIO PATAH TULANG BAHU"
Post a Comment