(Video) “The Jungle Train,” Lelaki Kongsi Pengalaman ‘Travel’ Dari Kelantan Ke Johor Naiki Tren Dengan Suasana Tenang

Tidak semua mempunyai ruang dan peluang yang cukup untuk meneroka segenap pelusuk dunia. Ditambah pula dengan krisis pandemik Covid-19 yang sememangnya masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya.

Pun begitu, jangan risau kerana banyak lokasi-lokasi menarik di dalam negara yang boleh dikunjungi oleh anda semua. Apa salahnya jika mencuba sesuatu yang baharu dan menarik.

Seperti yang dikongsikan oleh Azreen Yunus di laman Instagram miliknya yang memaparkan banyak gambar pemandangan lokasi menarik yang berada di Malaysia.

Namun, melalui kirimannya yang terbaru di laman Twitter, Azreen juga turut berkongsi mengenai pengalaman perjalanannya menaiki kereta api dari Kelantan ke Johor.

Menurutnya, perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam itu dilengkapi dengan tempat tidur.

Ditemani dengan bunyi kereta api lama yang mengasyikkan dan dengan pemandangan yang boleh menenangkan fikiran, kereta api tersebut terbahagi kepada tiga bahagian.

Sumber:Azreen Yunus

The post (Video) “The Jungle Train,” Lelaki Kongsi Pengalaman ‘Travel’ Dari Kelantan Ke Johor Naiki Tren Dengan Suasana Tenang appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Related Posts :

0 Response to "(Video) “The Jungle Train,” Lelaki Kongsi Pengalaman ‘Travel’ Dari Kelantan Ke Johor Naiki Tren Dengan Suasana Tenang"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect