Air Selangor: Senarai 344 Kawasan Yang Masih Dalam Proses Pemulihan Gangguan Air Setakat Ini

Setakat 6.30 pagi tadi, sebanyak 948 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada gangguan air susulan pemberhentian operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang, kata Air Selangor.

Sementara itu, sebanyak 344 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan daripada gangguan yang berlaku sejak 3 September lalu.

Pun begitu, 69 kawasan yang sepatutnya pulih 12 tengah hari ini dilaporkan belum pulih sepenuhnya berikutan penyimpanan air secara berlebihan oleh sebahagian pengguna yang telah menerima bekalan air.

Antara kawasan yang belum pulih sepenuhnya ialah di Bandar Klang, Klang; Bandar Manjalara, Gombak dan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat lanjut mengenai status terkini bekalan air, orang ramai boleh merujuk kepada

Sumber: Bernama Radio

The post Air Selangor: Senarai 344 Kawasan Yang Masih Dalam Proses Pemulihan Gangguan Air Setakat Ini appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Related Posts :

0 Response to "Air Selangor: Senarai 344 Kawasan Yang Masih Dalam Proses Pemulihan Gangguan Air Setakat Ini"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect