TV AlHijrah mengukuhkan lagi kedudukan sebagai stesen penyiar berorinetasikan gaya hidup Islam utama di Malaysia melalui pemetraian perjanjian persefahaman (MoU) dengan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS).
Kerjasama ini menyaksikan pembentukan dan pembangunan semula ekosistem animasi negara yang bukan sahaja memberi faedah kepada kedua-dua pihak malahan ianya akan memanfaatkan penonton Malaysia serta penggiat industri kreatif di Malaysia.
Acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini diadakan di TV AlHijrah, Jalan Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini. Memorandum Persefahaman (MoU) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris dan Presiden Persatuan Animasi Malaysia Amir Hamzah Hashim.
source: PERSEFAHAMAN ANTARA TV ALHIJRAH DAN PERSATUAN ANIMASI MALAYSIA (ANIMAS)
0 Response to "PERSEFAHAMAN ANTARA TV ALHIJRAH DAN PERSATUAN ANIMASI MALAYSIA (ANIMAS)"
Post a Comment