IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memulakan siasatan mengenai individu yang disyaki gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah, seperti yang tular di media sosial.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai gambar memaparkan individu bawah pengawasan (PUS) yang gagal mematuhi Arahan Pemantauan di Rumah (HSO).
Sehubungan itu, katanya, JKN Perak telah mengambil tindakan serta merta untuk menyiasat perkara itu.
“Jika didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang akan diambil,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Pada Isnin, tular di media sosial seorang wanita yang dipercayai memakai gelang COVID-19 sedang makan minum disebuah kafe di Bandar Meru Raya, di sini.
Tindakan wanita itu dikatakan telah menimbulkan kebimbangan orang ramai, khususnya mereka yang tinggal dan berurusan di kawasan berkenaan.
Sumber: Astro Awani
sumber
Sehinggit Media News
Related Posts :
Ibu bapa suspek tidak akan didakwa - KPN
KOTA BHARU, KELANTAN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ibu bapa kepada tujuh suspek yang disyaki membakar asram… Read More...
‘Panggilan ‘hey perempuan’ itu sangat biadap, tak termasuk kata kesat lain” – Tash Yong perjelas sebab sebenar tinggalkan set pengambaran
DISEBABKAN rasa tersinggung dengan sikap kru produksi yang memperkotak-katikkan maruahnya di hadapan umum, pelakon meningkat naik, Tash Y… Read More...
Bayi 9 bulan mati kelaparan selepas ditinggalkan selama seminggu, sementara ibunya keluar berpesta dengan rakan²
RUSIA - Seorang remaja yang juga ibu kepada bayi lelaki yang meninggal dunia selepas ditinggalkan bersendirian di rumah selama seminggu… Read More...
Gadis remaja cuba bunuh diri selepas ibu tidak mengendahkan dakwaan dia telah dicabul oleh bapa sendiri
KAJANG, SELANGOR - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun cuba mengakhiri hidupnya dengan memotong pergelangan tangannya selepas dic… Read More...
'Jam 2.30 pagi, budak kecil ini menangis seperti histeria di tengah jalan dan hujan lebat'
Tergamak pasangan ini meninggalkan anak kecil mereka berusia lingkungan 5 tahun di rumah seorang diri. Menurut wanita ini, sudah kerap … Read More...
0 Response to "Keluar Makan Bersama Gelang Kuarantin, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Risau"
Post a Comment