Gambar Hiasan |
Hubungan adik beradik ibarat isi dan kuku. Atau air dicincang takkan putus. Kita dilahirkan dari perut mak yang sama. Membesar bersama-sama, ada suka dan duka. Tapi itulah kenangan yang paling manis untuk kita kenang bila masing-masing sudah besar.
Dalam masyarakat, kita dapat melihat ada hubungan adik beradik sangat rapat berhubungan tetapi ada juga yang berantakan termasuk bergaduh disebabkan soal harta dan sebagainya.
Untuk pengetahuan korang, kalau adik beradik bergaduh nie, sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu. Sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik. Dalam bab rezeki pula, ada adik beradik yang lebih rezekinya berbanding adik beradik yang lain.
Kalau kita tengok ada adik beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih, bantulah adik beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat kata Nabi SAW.
Baca perkongsian dari fb Majlis Ilmu mengenai kisah seorang jutawan yang dahulunya pernah berkira membantu adik beradiknya tapi bila Allah campakkan hidayah dalam hatinya selepas belajar agama lebih mendalam, ternyata ada keajaiban terjadi.
Ini kisahnya.
Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi. Saya tak nak tag nama dia. Nama dia Haris. Baru umur 40 lebih. Tapi kaya raya. Rumah besar nak mati. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.
Dia kata “Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya. Tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni, hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik beradik..
Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik beradik saya. So Khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”
Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hidup kita sempit, susah sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Takutnya..
Sedih lihat. Ada adik beradik yang tak bertegur sapa bertaun taun. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik beradik kita walaupun kita tak salah, Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina pun orang yang meminta maaf.
Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. ”
YaAllah, jadikanlah kami adik beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. YaAlllah. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik. Rahmatilah kami adik beradik. Ya Allah ampunilah dosa adik beradik kami. Kalau mereka ada buat salah pada kami. Amiiin.
Share dan tag pada adik beradik kita. Bagitau dia yang kita sayang dia..Sama2 aminkan doa di atas.
Sumber: FB Majlis Ilmu
sumber Sehinggit Media News
0 Response to "Kisah Seorang Yang Suka Sedekah Kepada Adik-Beradiknya, Allah Beri Rezeki Melimpah Ruah"
Post a Comment