Kisah Penjaga Kubur Tentang Allahyarham Abam Bocey


Sesungguhnya pemergian pelawak kumpulan Bocey, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, 32 diibaratkan sebagai kematian yang dicemburui.

Melihat kepada ramainya jemaah berhimpun untuk solat jenazahnya, dikatakan sejumlah 2,000 tetamu hadir. Allahyarham juga menghembuskan nafas terakhir dalam tidur.. sungguh mudah perjalanan akhir Allahyarham. Ramai sekali yang menyayanginya.

Satu persatu cerita kebaikan arwah, diketahui umum. Dari sekecil-kecil kebaikan sehinggalah baiknya arwah Abam pada ibunya. Arwah sentiasa mendahului ibunya. Rapatnya dengan ibu dan berusaha menggembirakan hatinya.

Malah, Allahyarham membawa ibunya dan isteri ke tanah suci Makkah demi menunaikan hajat orang tuanya itu. Menurut adiknya, Ali Puteh, abangnya itulah yang menjaga ahli keluarga mereka dengan penuh tanggungjawab.


Kubur Arwah Abam Didatangi Seorang Wanita Dengan Anaknya



Dan di sebalik kebaikan yang diketahui, selepas pemergiannya ada kisah lain yang cuma diketahui selepas ketiadaannya. Begitulah, kisah yang dikongsikan oleh penjaga kubur Allahyarham Abam ini.

Menerusi perkongsian video pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Malek, keesokan harinya ustaz melawat Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak di mana Allahyarham Abam dikebumikan.

Ketika bersembang dengan penjaga kubur yang dikenali sebagai Usop itulah kisah kebaikan Abam diketahuinya.

Malam tadi kira-kira jam 10.30 malam, penggali kubur itu sudah mahu pulang. Semua orang pun dah balik dari tanah perkuburan. Dia mahu mengunci pintu pagar. Tiba-tiba dia didatangi seorang wanita dan anak kecilnya dengan menunggang motosikal.

“Pakcik.. tolonglah pakcik, saya nak masuk tenok arwah Abam.. tolonglah pakcik.” rayu ibu itu.

“Allah.. esok sajalah. Kubur ini tak ke mana.”

“Pakcik.. saya datang dari jauh. Tolonglah pakcik, tadi saya tak sempat nak datang.”

Kasihan dengan ibu tadi, pakcik Usop itu pun tunjukkanlah kubur arwah Abam. Wanita itu pun bacalah doa sikit di kubur Abam.

Pakcik Usop bertanya, “kamu ini saudara mara ke?”

Perbelanjaan Persekolahan Anak-anaknya Ditanggung Abam

“Saya dan anak-anak saya sebenarnya banyak terima bantuan daripada Abam. Abam telah menyekolahkan anak-anak saya.. semua perbelanjaan sekolah anak saya ditampung oleh Abam.”

Kata Ustaz Hanafiah, “MasyaAllah.. bila terima cerita ini saya teringat satu hadis. Kisahnya orang yang sentiasa bersedekah dicintai Allah, disayangi makhluk, dekat dengan syurga, jauh daripada neraka.”

“Mudah-mudahan Allahyarham dirahmati Allah dan kubur Abam menjadi seperti taman-taman syurga. Semoga damai di sana.” Sebab itulah, yang masih hidup ini banyakkan bersedekah. Sedekah itu jalan mudah ke syurga.

Pengajaran Dan Persamaan Pelawak Ini; Allahyarham Mr. Os, Pak Yus Dan Abam

Tambah Ustaz Hanafiah yang berpeluang menguruskan perjalanan akhir pelawak, Allahyarham Mr. Os, Pak Yus dan Abam.

“Apa yang boleh dipelajari daripada kematian sahabat-sahabat artis dari golongan pelawak ini. Persamaan ketiga-tiganya, pertama, mereka berlawak, kedua, kebaikan mereka yang disembunyikan.. yang kita tak tahu.”

“Mr. Os selepas kematiannya baru ramai yang tahu bahawa dia ini rajin bersedekah. Ketika hidupnya berdepan masalah kewangan, duit tak banyak.. dalam keadaan memandu teksi, kalau ada orang tak cukup duit, dia akan sedekah.

“Sedekah ini satu benda yang Allah gembira. Apatah lagi jika diniatkan ‘bulat’ kerana Allah. Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyebut, apabila mati anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga, pertama sedekah jariah, kedua ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.”

Kenapa disebut sedekah yang pertama? Kerana sedekah ini adalah perkara paling mudah untuk masuk ke syurga. Dengan syarat ikhlas dengan Allah.

Yang kedua, sebelum sedekah itu sampai kepada orang yang kita sedekah, sedekah itu telah sampai kepada Allah. Malaikat telah mencatat dan sampaikan kepada Allah.

“Abam pun rajin sedekah.” Malah arwah Pak Yus juga ramai sedia maklum akan kemurahan hatinya dalam bab bersedekah.


Sumber: Ustaz Hanafiah via Mingguan Wanita


sumber Sehinggit Media News

0 Response to "Kisah Penjaga Kubur Tentang Allahyarham Abam Bocey"

Post a Comment