"Kenapa Kau Pergi Dulu Nam???" - Ahli Bocey Luah Rasa Sedih Pemergian Sahabat


Bagaikan tak percaya…

Pelawak popular, Abam daripada kumpulan Bocey dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin ini.

Menurut Astro Gempak, berita mengejutkan tersebut telah dimaklumkan Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sudah sakit semenjak 2 hari lalu tapi…

Perkara itu disahkan juga oleh isteri abam sendiri, Nor Hidayah. Menurutnya Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lepas lagi.


“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya dengan tangisan mengiringi.

“Kenapa kau pergi dulu bam???” 

Manakala dua ahli kumpulan Bocey pagi ini meluahkan rasa sedih mereka atas pemergian sahabat mereka menerusi video di Instagram.

Fad Bocey yang kini berada di Jepun berasa sedih dan terkilan kerana berada jauh di perantauan dan tidak sempat menemui Abam.


Manakala Achey pulak menerusi videonya kelihatan menangis ketika menyampaikan berita kematian Abam, sahabat baiknya.


Abam dan Nor Hidayah yang berkahwin pada 2017 telah dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan meninggal pada usia 32 tahun.

Al fatihah… semoga keluarga Abam dan rakan-rakan tabah hadapi dugaan ini. 

Sumber: Lobakmerah.com


sumber Sehinggit Media News

0 Response to ""Kenapa Kau Pergi Dulu Nam???" - Ahli Bocey Luah Rasa Sedih Pemergian Sahabat"

Post a Comment