KUALA LUMPUR: Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang terbabit pergaduhan dengan seorang warga emas di pusat komersial USJ 9, Subang Jaya, dikecualikan daripada menjalankan tugas penguatkuasaan di lapangan sementara menunggu hasil siasatan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan, berkata pihaknya memandang serius insiden tindak balas berkenaan dan siasatan dalaman yang adil dan terperinci akan dilakukan serta merta.
Insiden pergaduhan itu menjadi tular sejak semalam dan menerima reaksi pelbagai pihak di media sosial.
Ia dikatakan bermula apabila seorang warga emas tidak berpuas hati kenderaannya ditarik sepasukan penguat kuasa MPSJ dan bertindak memukul seorang daripada mereka menggunakan payung lalu ia dibalas semula oleh mangsa secara agresif.
Noraini mengesahkan kejadian dan berkata pemilik kenderaan itu tidak berpuas hari dikenakan tindakan penguatkuasaan tunda dan cuba melepaskan kenderaan daripada alat tunda sebelum memarahi dan memukul anggotanya.
“Kesalahan trafik dan memukul pegawai bertugas adalah jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihati, sekiranya orang awam tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan penguatkuasaan, mereka boleh mengemukakan aduan rasmi kepada MPSJ.
“Mereka juga boleh ke Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber: BH Online
sumber Sehinggit Media News
0 Response to "Kasari Warga Emas, Penguat Kuasa MPSJ Digantung Tugas Serta-merta"
Post a Comment