Bonding Ayah & Anak Boleh Dibina Dengan Hanya Tukar Lampin Anak Sejak Hari Pertama Lahir


Tahukah anda perhubungan yang rapat antara ayah dan anak boleh dibina dengan hanya menukar lampin anak sejak hari pertama anak lahir?

3 Tahun Pertama Kehidupan Seorang Anak Adalah Waktu Kritikal Di Mana ‘Attachment’ Sangat Diperlukan.

‘Attachment’ inilah yang akan membina rasa percaya (trust) dan hubungan yang rapat (connection) yang berpanjangan (insya Allah) antara ayah/ibu dan bayi.

Ketika 3 tahun pertama, anak memerlukan lebih kurang 5000 kali pertukaran lampin. Jika seorang ayah menukar lampin hanya 20% kali sekalipun, itu sudah memberi 1000 peluang untuk ayah ‘bond’ dan berinteraksi dengan anak.


Ayah perlu mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian bayi untuk menukar lampinnya dan bayi pula selalunya terhibur dengan gurauan ayah ketika berinteraksi.

Interaksi yang dibina dari peringkat awal inilah juga yang menjadikan tugas mendisiplinkan anak lebih mudah kerana ‘connection’ telah pun terbina.

Jika menukar lampin pun tidak mahu dilakukan, bagaimana ayah hendak memainkan peranan sebagai pembimbing tingkah laku anak?

Easy peasy.

Syabas saya ucapkan kepada semua ayah yang menukar lampin anak.

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy) via https://ift.tt/2ByeaBO


sumber Sehinggit Media News

0 Response to "Bonding Ayah & Anak Boleh Dibina Dengan Hanya Tukar Lampin Anak Sejak Hari Pertama Lahir"

Post a Comment