17 Januari 2020, pasangan suami isteri yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Ketapang, Melaka.
Menurut sumber, Faizal dan isterinya, Siti Mastura Ahad yang merupakan jururawat di hospital kerajaan telah dirempuh oleh pemandu kereta Toyota Camry dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol, sehingga menyebabkan mangsa terperosok di bawah lori.
Pemandu Camry tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penunggang motosikal patah kaki dan isterinya cedera di bahagian dalaman.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan keadaan Siti Mastura Ahad, agak kritikal.
Bagaimanapun dua hari selepas kejadian itu, Siti Mastura menghembuskan nafas terakhirnya. Dalam masa yang sama, suaminya yang baru sedar terpaksa menerima perkhabaran yang amat menyedihkan itu.
Berita itu mengundang rasa simpati netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu terbabit sekiranya benar dakwaan dia memandu di bawah pengaruh alkohol.
sumber
Sehinggit Media News
Related Posts :
Sultan Johor berkenan tukar gelaran: Mulai 5 September, gelaran rasmi Sultan Johor adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan IskandarJOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor, hari ini mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menukar ge… Read More...
Kisah seram lepas beli kerusi kayu jati, ibu dirasuk, kaki dipegang sewaktu duduk, nampak lembaga menakutkan, satu keluarga ini diganggu penunggu kerusi!
Kisah seram lepas beli kerusi kayu jati, ibu dirasuk, kaki dipegang sewaktu duduk, nampak lembaga menakutkan, satu keluarga ini diganggu pe… Read More...
Gambar dan Video: Jamal Md Yunos berang hentak meja sidang media dengan tukul besar sampai hancur
Gambar dan Video: Jamal Md Yunos berang hentak meja sidang media dengan tukul besar sampai hancur
Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah M… Read More...
Bapa pijak, pulas bayi sampai mati: Kecederaannya seperti terlihat dalam kemalangan yang amat dahsyatSEORANG budak lelaki yang bapanya didakwa memukulnya hingga mati, mempunyai kesan kecederaan seperti terbabit dalam kemalangan jalan raya ya… Read More...
Pengakuan Cikgu Jefferi: 36 tahun jadi pondan, pernah hampir berkahwin dengan kaum sejenis di luar negara, dan guru pertama yang langgar etika berpakaianNAMANYA menjadi sebutan sejak beberapa minggu lalu selepas pendedahan dirinya kembali pangkal jalan.
Pengakuan Cikgu Jef… Read More...
0 Response to "'Akhirnya Kau Pergi Jua Setelah Bertarung Nyawa' - Jururawat Maut Akibat Dirempuh Pemandu Mabuk"
Post a Comment