Sebuah kajian mendedahkan, wanita dua kali ganda lebih cenderung memohon perceraian berbanding lelaki selain lebih terbuka menceritakan masalah rumah tangga di laman sosial.
Kajian yang dilakukan oleh Prof William J Doherty dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat memberitahu, kedua-dua situasi itu membuatkan masalah perceraian di seluruh dunia semakin meningkat.
Tambahnya lagi, isu perceraian kini dianggap perkara biasa dan bukan lagi sesuatu perkara yang memalukan.
Kebanyakan menjadikan pasangan atau suami sebagai satu ‘aksesori’ untuk membahagiakan mereka. Jika mereka gagal menemui kebahagiaan dalam rumah tangga, wanita lebih mudah meminta cerai daripada pasangannya.

Secara purata data perceraian di Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada 577 pasangan memilih untuk bercerai berbanding untuk berbaik semula manakala hanya 12 peratus yang ingin atau mungkin berbaik semula.
7 Punca Utama Perceraian Semakin Meningkat
1. Terlalu terdedah dengan media sosial
2. Kurang komunikasi dalam keluarga
3. Sikap yang pelbagai
4. Tidak berupaya mengendalikan konflik
5. Generasi muda cepat mengalah
6. Boleh berdikari sendiri tanpa pasangan
7. Mental dan masalah dadah
5 Langkah Elak Penceraian
Langkah pertama adalah, sabar – Selepas berkahwin anda mula cuba saling kenal mengenal antara satu sama lain. Suami dan isteri akan mula menyelami hati budi masing-masing, keluarga masing-masing dan juga sahabat handai serta kenangan silam yang muncul sekali sekala. Ini satu pengalaman rumit dan memerlukan daya tahan dan bersedia menerima segala kemungkinan. Oleh itu bersabarlah dan harungi serta sesuaikan diri. Elak cerai!
Langkah kedua adalah, sabar – Bila dah masing-masing mula kenal, maka terbongkarlah kebusukan serta kesemua pekung di dada yang selama ini kemas terkunci dalam sorokan diri. Sebelum bersama hanya yang indah dan hebat sahaja dipamerkan, tidak pernah suami kentut ketika bersama kekasihnya, tetapi suami akan selamba lepaskan kentut ketika menonton tv nbersama isteri yang sudah lama bersama. Begitu juga isteri akan mendedahkan segala pekungnya. Terima kenyataan dan bersabarlah.
Langkah ketiga adalah, sabar – Banyak ayat-ayat power pujian selama ini dihamburkan sebelum berkahwin bertukar menjadi ayat-ayat pedih dan menusuk kalbu setiap kali berlaku salah faham dan pertengkaran. Bodoh, bangang, celaka, kurang ajar dan lain-lain akan terkeluar dengan tidak disangka-sangka apabila kemarahan menguasai jiwa. Bagi suami yang menerimanya, tiada cara lain selain daripada bersabar. Elak cerai!
Langkah keempat adalah, sabar – Jika sebelum berkahwin pasangan hanya akan nampak segala yang baik sahaja pada pasangannya, selepas berkahwin, semakin lama hanya yang buruk sahaja di cari dan ditemui. Pasangan seolah-olah tidak lagi menjadi makhluk yang mampu berbut baik sebaliknya seperti makhluk yang tahu hanya kejahatan sebagai amalan hidupnya. Biasalah, terima hakikat kebaikan yang dilakukan hanya untuk mencari redha Allah dan bukannya untuk cari redha pasangan..jadi bersabarlah. Elak cerai!
Langkah kelima adalah, sabar – Isteri akan mula mencabar dan minta diceraikan setiap kali berlaku pergaduhan. Terhambur kata-kata pedih, ugutan dan segala satu macam lagi taktik agar suami kasi talak. Sikit-sikit minta cerai, sikit-sikit cabut lari ke rumah mertua dan sebagainya. Jika hak menjatuhkan talak ada pada isteri, tentu dalam tempoh sebulan suaminya akan kena talak lebih dari seratus kali. Jangan melenting, terima kenyataan dan bawa bersabar. Elak cerai!
Begitulah jika berlaku lagi apa sahaja masalah rumah tangga, sebesar manapun cabaran yang dilalui, ulang semua 5 langkah di atas.
Selamat bersabar…Dan elak cerai daripada berlaku, ia adalah jalan terakhir dan bukannya mukadimah pergaduhan!

sumber Sehinggit Media News
0 Response to "Menurut Kajian, Wanita Lebih Cenderung Minta Cerai Berbanding Lelaki"
Post a Comment