URUSAN PERMOHONAN HAK MILIK, PAJAKAN TANAH TAK PERLU GUNA ORANG TENGAH

SELASA (22.10.2019)

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah sama sekali tidak boleh meluluskan permohonan hak milik tanah kekal di Hutan Simpan Cheba, Mukim Tekai dalam daerah Padang Terap seperti didakwa sesetengah pihak.



Justeru Menteri Besar, Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir mengingatkan kalangan rakyat negeri ini yang layak dan mahu membuat permohonan hak milik atau pajakan tanah kerajaan, untuk tidak menggunakan orang tengah bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan tanah yang menggunakan geran palsu.

Beliau berkata, setiap urusan termasuk pengesahan status tanah boleh dilakukan secara terus dengan pejabat-pejabat tanah daerah.

"Semakan terperinci juga dapat dibuat di pejabat tanah daerah bagi memastikan geran tanah dimiliki adalah sah.

"Warga Kedah yang layak, boleh memohon hak milik atau pajakan tanah kerajaan melalui proses permohonan biasa dengan pejabat tanah daerah. Proses tersebut sudah dipermudahkan dan masih terus ditambah baik dari masa ke semasa demi kemudahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan berbeza, Mukhriz berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) selaku agensi kerajaan negeri dan pemilik KXP AirportCity Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat pelaksana projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), telah melantik lima syarikat bagi menjalankan kerja-kerja ukur asas permohonan pengambilan tanah berhubung cadangan pembangunan lapangan terbang tersebut.

Menurutnya, lima syarikat itu adalah Jurukur Axis Survey Consultants Sdn. Bhd., Jurukur Zero Degrees Resources Sdn. Bhd., Jurukur Aras, Jurukur East Coast, Jurukur Laruth Exclusive Enterprise.

"Skop kerja yang telah ditetapkan bagi kelima-lima syarikat ini hanyalah untuk mengukur sempadan dan memprofil tanah-tanah terlibat.

"Setakat ini PKNK tidak melantik mana-mana syarikat lain untuk menjalankan sebarang kerja di kawasan tersebut termasuk syarikat perunding, IM Global Property Consultants Sdn. Bhd. yang telah mengadakan taklimat kepada pemilik tanah dari Kampung Jerung, Kampung Tanah Linchin dan Kampung Titi Panjang," katanya.


Sumber: fb Warta Kedah

Related Posts :

0 Response to "URUSAN PERMOHONAN HAK MILIK, PAJAKAN TANAH TAK PERLU GUNA ORANG TENGAH"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect