Aku pasti, sahabat2 semua pasti ingat tajuk sensasi ini.
Ya, ditangkap oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, dituduh sebagai muncikari (orang tengah) bagi pelacur mencari pelanggan.
Begitu hebat dan rancak media waktu itu, rata-rata media highlight kan dirinya sebagai graduan jordan. Siap disertakan dengan video dan wajah beliau.
Ada yang highlight Pelajar Sarjana Tahun Akhir Perubatan. Ada juga yang ketengahkan portfolio beliau sebagai seorang doktor perubatan.
Yang pasti, hari ini kes beliau digugurkan. Kenapa digugurkan ??
Bukan kerana kurang bukti atau tidak cukup bukti, sebaliknya kerana TIADA BUKTI ! Saya ulang, TIADA BUKTI !
Begitu hebat dan dahsyat fitnah akhir zaman !!
Selepas MAKI HAMUN oleh ribuan manusia,
Selepas Kutukan Hina oleh ribuan manusia,
Selepas Cacian Maki oleh ribuan manusia,
Selepas Kutukan Hina oleh ribuan manusia,
Selepas Cacian Maki oleh ribuan manusia,
Akhirnya beliau bebas dan terlepas dari fitnah ini.
Apa Media Buat ?? Nothing !
Apa Pegawai Agama yang terlibat buat ?? Tiada apa !
Apa Pegawai Agama yang terlibat buat ?? Tiada apa !
Sejujurnya, kisah beliau difitnah dan dianiaya oleh pihak2 terlibat telah pun tersebar dikalangan kami warga2 Alumni Jordan sendiri tapi sebagai marhaen biasa, kami tidak mahu berlaku bias dalam siasatan.
Aku sendiri pun ada menghantar email kepada pihak Sinar Harian yang mula-mula laporkan kes tangkapan beliau, utk bertanyakan kesahihan kisah tapi sampai ke sudah tiada maklum balas.
Kami hanya mampu doakan sebaiknya untuk beliau.
Untuk pihak Media & pegawai2 agama yang terlibat , macam mana nak jawab di hadapan Allah kelak ya ? Hasil perbuatan terburu-buru kalian, ribuan manusia jatuh ke lembah dosa.
Semoga dipermudahkan urusan sahabat seJordan kami ini.
Bangkit saudaraku ! Angkat kembali wajahmu !
Persetankan fitnah2 itu semua.
Persetankan fitnah2 itu semua.
Sumber : FB
0 Response to "Graduan Perubatan Jordan Bapa Ayam ?"
Post a Comment