"Saya dah bagi peluang mereka mohon maaf" - Linda Rafar tuntut ganti rugi RM2 Juta...



PELAKON dan penyanyi, Linda Rafar, 41, memaklumkan bahawa peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia (DON) kerana menjejaskan reputasinya.

Linda ketika dihubungi berkata, tindakan itu diambil selepas berbincang dengan peguamnya, Nurul Hafidzah Hassan.

“Peguam saya sudah menghantar surat tuntutan itu kepada pihak DON semalam. Namun, nampaknya masih belum ada sebarang maklum balas,” katanya kepada Harian Metro.

Tindakan itu diambil oleh Linda kerana tidak melihat sebarang reaksi positif daripada pihak DON.

“Sebelum ini, saya dah berikan peluang kepada mereka untuk memohon maaf. Saya masih lagi punya perikemanusiaan dan terbuka untuk berbincang.



“Namun, nampak gayanya pihak sana pun semakin keterlaluan dalam memanipulasi cerita, kononnya, seperti mereka pula yang menjadi mangsa.

“Daripada apa yang saya dengar, mereka ingin menyaman saya sebanyak RM1 juta. Dari situ, jelas sekali mereka yang pada awalnya tiada kaitan dengan isu yang saya bangkitkan sebelum ini, ingin mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.

Peguamnya, Nurul Hafidzah menggesa orang awam supaya tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung perkara terbabit.

“Kami menggesa orang awam supaya tidak melakukan sebarang spekulasi berkenaan perkara ini sebelum keputusan dikeluarkan oleh pihak mahkamah,” katanya.



Januari lalu, Linda menuntut lebih 100 individu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan atau berdepan tindakan saman daripadanya.

Terbaru, Linda akan mengadakan program motivasi pertamanya pada Ahad ini dan berbicara mengenai kehidupan serta semua isu yang timbul berkaitan dirinya.

“Setakat ini, sudah 500 peserta mengesahkan kehadiran mereka dan saya masih membuka ruang untuk mereka yang ingin turut serta ke program yang berlangsung di Dewan D'Lavender, Bukit Damansara itu,” katanya.

Sumber : harian metro

Sumber "Saya dah bagi peluang mereka mohon maaf" - Linda Rafar tuntut ganti rugi RM2 Juta...

0 Response to ""Saya dah bagi peluang mereka mohon maaf" - Linda Rafar tuntut ganti rugi RM2 Juta..."

Post a Comment