Pelakon veteran, Normah tampil mohon maaf isu tarian tidak senonoh 'maknyah' semasa majlis perkahwinan anaknya...



SELEPAS dikecam ramai susulan menampilkan 'maknyah' menari aksi menjolok mata ketika acara makan beradab majlis perkahwinan anaknya Sabtu lalu, pelakon veteran Normah Damanhuri tampil memohon maaf melalui satu rakaman video di laman Instagramnya, hari ini.

"Saya terlebih dulu memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan majlis perkahwinan anakanda, Ahya dan pasangannya.

"Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan 'paper d-oll' itu sepatutnya persembahan tarian tradisional, 'miming', lawak jenaka, gurau santai dengan tetamu dan ala Bollywood.

"Tapi tak sangka pula pakaian mereka keterlaluan untuk majlis perkahwinan," katanya.



Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati serta tidak mengulanginya, selepas ini.

Sabtu lalu, tular video rakaman seorang penari lelaki menyerupai wanita separuh bo-g-el menari aksi tidak senonoh membuat persembahan ketika acara makan beradab pada majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahya Rosli dan pasangan, Shahirah Sanusi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Video tular itu dipercayai dimuat naik oleh kakak Ahya, Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM dalam kalangan pengikut laman sosial di ruangan Instastory miliknya.

Berita berkaitan

• Normah enggan komen video aksi menjolok mata


“SAYA tak nak komen lebih-lebih. Apa yang saya tahu, anak sudah selamat bernikah,” kata pelakon veteran Normah Damanhuri.

Ia susulan video rakaman seorang penari lelaki menyerupai wanita berpakaian separuh b-o--gel menari aksi lu-ca-h ketika membuat persembahan pada acara makan beradab di majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahya Rosli di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, semalam.

Video tular itu dipercayai dimuat naik oleh kakak Ahya, Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM dalam kalangan pengikut laman sosial di ruangan Instastory miliknya, semalam.

Normah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tahu apa yang berlaku dan segala pengisian di dalam majlis tempoh hari dipersetujui seluruh ahli keluarga.

“Pasal jemputan itu (penari), keluarga sama-sama tahu. Saya tak nak komen lebih-lebih, nanti panjang cerita.

“Yang penting, anak saya sudah selamat bernikah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahya dalam satu kenyataan di sebuah portal hiburan lain berkata, persembahan itu sekadar hiburan untuk tetamu pada majlis itu.

Katanya, dia enggan melayan kutukan serta kritikan warganet kerana menganggap pengisian majlis itu adalah haknya sebagai tuan rumah.

Dia juga menganggap warganet yang mengecam tindakan pihaknya menjemput penari itu sebagai tiada kerja selain daripada mahu mengganggu kehidupan orang lain semata-mata.

Ahya dan pasangannya, Shahirah Sanusi berkahwin pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.


Sumber : harian metro

Sumber Pelakon veteran, Normah tampil mohon maaf isu tarian tidak senonoh 'maknyah' semasa majlis perkahwinan anaknya...

0 Response to "Pelakon veteran, Normah tampil mohon maaf isu tarian tidak senonoh 'maknyah' semasa majlis perkahwinan anaknya..."

Post a Comment