Pakcik Guard ini tampil dedah apa yang sebenarnya berlaku dan anggap peristiwa sebagai 'hadiah' hari jadi...



Semalam viral video seorang artis lelaki bertengkar dan menu-mbuk pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati Nilai Negeri Sembilan. Berikutan itu, pengawal keselamatan berumur 70 tahun itu ced-era di muka dan pinggang.

Menerusi Harian Metro, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Yahya Manaf tidak menyimpan sebarang dendam namun sedih.



Mintanya daftar terlebih dahulu



Menjelaskan perkara sebenar yang berlaku, Yahya memberitahu kereta Proton Perdana yang dipandu artis berkenaan mengekori rapat kereta penduduk dan melulu masuk ke kawasan perumahan tanpa izin.

Saya pelik dengan tindakan lelaki itu lalu menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran terlebih dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertengkar dengan penghuni itu dan beredar.

Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya.

Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi.

Menurut Yahya Manaf, berikutan kejadian dia ced-era akibat ditu-mbuk, diten-dang dan diba-ling batu oleh pelawak terkenal tersebut.

Tak berdendam cuma sedih



Malah, dia turut menyifatkan tindakan pelawak berkenaan sebagai ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahirannya semalam.

Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berde-ndam cuma sedih dengan perbuatannya itu.

Siapa pun, dia tidak sepatutnya cede-rakan orang lebih berusia seperti saya.

Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kece-wa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf datang jumpa mereka.

Tambah Yahya lagi, pada awalnya dia tidak mengenali siapa lelaki berkenaan namun dimaklumkan dia adalah pelawak popular.

Selain dicede-rakan, Yahya memberitahu pelawak berkenaan ada mengugutnya sebelum beredar. Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Acacia, Noor Hisham Yaacob, berharap siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil dengan tujuan memberi pengajaran.

Tak simpan dendam


“KALAU dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berden-dam cuma sedih dengan perbuatannya itu,” kata Yahya Manap yang ced-era apabila ditumbuk, ditendang dan dibaling batu oleh pelawak terkenal dalam kejadian di Taman Acacia, di sini, malam kelmarin.

Yahya, 70, yang juga pengawal keselamatan di taman perumahan berkenaan menyifatkan perbuatan artis lelaki berusia 49 tahun itu sebagai ‘hadiah’ menyambut ulang tahun kelahirannya, semalam.

Akibat ditumbuk dan ditendang lelaki terbabit, Yahya ced-era pada hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.

Menceritakan kejadian, Yahya berkata, ketika bertugas dia menyedari kereta Proton Perdana dipandu lelaki terbabit mengekori rapat kereta seorang penduduk dan memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran.


“Saya pelik dengan tindakan lelaki itu lalu menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran terlebih dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertengkar dengan penghuni itu dan beredar.

“Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya.

“Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menum-buk muka saya tiga kali dan men-endang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Yahya berkata, bimbang keadaan bertambah tegang dia membuka palang keselamatan dan pelawak itu mengugutnya sebelum beredar.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Nilai pagi semalam dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Yahya berkata, dia tidak kenal siapa yang ‘menyerangnya’ itu namun penduduk memaklumkan lelaki terbabit adalah pelawak popular sekitar 1990-an.

“Siapa pun, dia tidak sepatutnya cede-rakan orang lebih berusia seperti saya.

“Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf datang jumpa mereka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Acacia, Noor Hisham Yaacob, berharap polis menjalankan siasatan telus dan mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, artis sepatutnya menunjukkan sikap yang baik, tetapi sebaliknya berlaku apabila tergamak membelasah dan menendang pengawal keselamatan yang menjalankan tugas.

Katanya, secara peribadi dia mengenali Yahya yang mesra dipanggil Pak Ya sebagai seorang yang baik hati dan peramah dengan penduduk.

Sumber : Harian Metro Dan Ohbulan

Sumber Pakcik Guard ini tampil dedah apa yang sebenarnya berlaku dan anggap peristiwa sebagai 'hadiah' hari jadi...

0 Response to "Pakcik Guard ini tampil dedah apa yang sebenarnya berlaku dan anggap peristiwa sebagai 'hadiah' hari jadi..."

Post a Comment