Ajal si comel selepas makan epal lenyek...
BAYI lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling apabila tidak sedarkan diri selepas diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh di sebuah taska di Taman Mesra, Kupang, Baling, hari ini.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan berada di ruang dapur taska terbabit diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, bagaimanapun tiba-tiba mangsa menangis dengan kuat kerana ingin mengikut penyelia pengasuh sebelum tiba-tiba dia tidak sedarkan diri.
Menurutnya, penyelia terbabit kemudian terus membawa mangsa ke Klinik Kupang dan ketika itu masih bernyawa sebelum dirujuk ke Hospital Baling.
“Bagaimanapun sebaik tiba di hospital mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan tiada kesan lu-ka atau leba-m di badan.
“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk be-dah siasat,” katanya.
Sumber : harian metro
Sumber Ajal si comel selepas makan epal lenyek...
0 Response to "Ajal si comel selepas makan epal lenyek..."
Post a Comment