Ahya Rosli tidak amik kisah dengan kecaman dari netizen



Model dan pelakon Ahya Rosli tidak kisah menerima kecaman hebat daripada pengguna laman sosial susulan kontroversi pada majlis persandingannya semalam yang menjemput penari separuh bogel menari dengan aksi tidak senonoh.

Memetik laporan sebuah portal, Ahya, 32, berkata, kehadiran penari itu hanyalah sebagai satu bentuk hiburan buat jemputan yang hadir pada majlis persandingannya yang diadakan di The Sacred Garden di sini.



"Terpulang pada diri saya sendiri dan saya ada hak untuk buat apa pun sebab ini majlis saya. Lagipun saya yang keluarkan duit, bukan netizen.

"Jadi orang mahu cakap apa sahaja, saya tidak kisah. Bagi saya orang yang mengkritik itu tiada kerja lain mahu buat selain mengganggu hidup orang lain," katanya.

Pada majlis itu, seorang lelaki menyerupai wanita yang berpakaian separuh bogel menari dengan penuh ghairah semasa majlis persandingan itu yang dimuat naik oleh kakak Ahya, Liana Rosli menerusi Insta Story sehingga menjadi tular.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pengantin membenarkan tarian sebegitu dilakukan dalam majlis perkahwinan yang sepatutnya dipenuhi dengan perkara baik.

Sedangkan pada awal majlis bermula, ruang dewan dipasang alunan selawat Nabi sebelum kemudian disajikan dengan aksi-aksi tidak senonoh daripada penari terbabit.

Ahya yang merupakan anak pelakon Normah Damanhuri berkahwin dengan isterinya, Shahirah Sanusi pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Ekuestrian.

Sumber -K! ONLINE

Sumber Ahya Rosli tidak amik kisah dengan kecaman dari netizen

0 Response to "Ahya Rosli tidak amik kisah dengan kecaman dari netizen"

Post a Comment