TGV Cinemas bermurah hati berikan tiket movie Captain Marvel percuma khas kepada semua wanita 8 Mac ini...



TGV Cinemas menawarkan sesuatu yang menarik buat para wanita sempena Hari Wanita Sedunia Mac ini. TGV Cinemas mahu memberikan pass atau tiket filem Marvel Studios ‘Captain Marvel’ secara percuma.

Tiket Movie “Captain Marvel” Percuma Khas Untuk Semua Wanita Pada 8 Mac Ini

Ia merupakan satu cara/tayangan eksklusif untuk wanita sahaja dan tayangan istimewa ini akan berlaku pada 8 Mac 2019 (Jumaat), 8.00 malam di semua lokasi TGV Cinemas di seluruh negara.

Penebusan boleh dibuat dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam di kaunter tiket TGV pada hari yang sama sementara stok masih ada.

Selain itu, pada hari yang sama jam 8.00 malam, TGV 1 Utama akan menganjurkan sebuah acara khas dengan beberapa orang ikonik wanita Malaysia untuk berkongsi pengalaman mereka dengan harapan memberi inspirasi kepada orang lain.

Sesi ini akan menampilkan Deborah Henry (Pengasas Fugee School / Miss Universe 2011), Cheong Jun Hoong (juara menyelam dunia pertama Malaysia), Xandria Ooi (Duta Besar / Penulis) dan Fam Li Ying (Partnership Development Manager of Teach for Malaysia)). Acara ini bertujuan untuk menyatukan orang ramai untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mencapai kejayaan.

Ini adalah sejajar dengan tujuan TGV Cinemas untuk menyampaikan lebih daripada sekadar filem..

Sumber: soulusi

Sumber TGV Cinemas bermurah hati berikan tiket movie Captain Marvel percuma khas kepada semua wanita 8 Mac ini...

0 Response to "TGV Cinemas bermurah hati berikan tiket movie Captain Marvel percuma khas kepada semua wanita 8 Mac ini..."

Post a Comment